Banyak perkara mistik yang tidak terjangkau dengan akal fikiran, seorang doktor gigi berkongsi detik seram apabila dia menghadapi kesukaran dalam mencabut gigi pesakitnya yang merupakan seorang nenek.
Perkongsian seorang doktor gigi di TikTok @klinikpergigiandentalane menceritakan dia mengambil masa hampir 50 minit untuk mencabut gigi seorang warga emas meskipun imbasan x-ray menunjukkan ia sepatutnya satu prosedur yang mudah.
Artikel berkaitan: “Diorang ‘tinggalkan’ dalam kapal” – Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Bawa Jemaah Ke Tanah Suci
Artikel berkaitan: “Angin kuat lalu” – Lelaki Kongsi Kisah Seram Buang Tulang Dekat Belakang Rumah Jam 2 Pagi
@klinikpergigiandentalane Bayangkan tengah malam “nenek” datang nak cabut gigi. agak-agak korang berani tak? #fyp #malaysia #kisahseram #dental
“Tak pernah jumpa benda macam ni, dah 50 minit saya duduk. Saya macam ‘nak buat apa ni?’. Saya teringat cerita kawan pernah hadap situasi seperti itu.
Saya perasan nenek tu pakai banyak cincin, saya tak tahu kenapa. Saya suruh nenek tu buka, saya sambung cabutan dan teka apa, gigi tu dah keluar (cabut),” katanya.
Selepas ditanya mengenai cincin yang dipakai oleh nenek itu, dia hanya menjawab barang kemas itu merupakan pemberian orang.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah mencapai lebih 100k tontonan serta hampir seratus komen daripada netizen.
Uih, seram!
Sumber: TikTok