in

5 Spa dan Urutan Terbaik Sekitar KL Dengan Harga Bawah RM100

Spa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah berhempas pulas hampir seminggu bekerja, badan anda pasti penat dan terasa lesu untuk meneruskan hari-hari yang seterusnya. Masakan tidak, setiap hari anda sibuk menguruskan hal berkaitan client, keluar rumah seawal enam pagi untuk hantar anak ke sekolah dan tersekat di dalam traffic jam yang dahsyat sehingga anda tiada masa untuk bermanja-manja dengan diri sendiri.

Hujung minggu bakal tiba. Apa kata kalau anda ke spa dan urutan untuk melegakan segala lenguh-lenguh di sendi sambil manjakan diri? Berikut kami senaraikan lima tempat spa dan urutan terbaik sekitar Kuala Lumpur dengan harga bawah RM100:


 

1. Erawan Wellness Massage 

12065842 1514116508902896 2706888079578262073 N
sumber: facebook

Terletak di Nu Sentral, Kuala Lumpur, Erawan Wellness Massage sering mendapat pujian daripada pelanggan kerana servisnya yang baik. Rekaan dalam premisnya pula cantik kerana bercirikan dekorasi Thai. Anda boleh dapatkan urutan 30 minit di kepala, tengkuk dan bahu dengan RM58+. Selain itu, anda juga boleh mencuba urutan kaki selama 30 minit untuk RM68+ atau urutan badan Thai selama sejam untuk RM98+.

Facebook: Erawan Wellness Massage at NU Sentral

Image 2
sumber: time out kl
12036937 1514116655569548 4356131701053315730 N
sumber: facebook

 

2. Reborn

Reborn 1
sumber: goozoom

Bagi yang sudah biasa ke pusat spa dan urutan kaki Reborn, anda pasti sukakan servis urutan tradisional Cina dan urutan Tui Na yang diberikan mereka kerana ia tidak memberikan sebarang kesan sampingan dan sesuai untuk semua jenis umur. Kunjungilah ke premis Reborn di Sri Petaling pada happy hour kerana mereka menawarkan RM80 untuk urutan satu badan selama dua jam daripada pukul 10.30 pagi hingga 1 petang dan RM98 dari jam 1 hingga 3 petang setiap hari. Anda juga boleh dapatkan urutan Tui Na dengan RM83 untuk satu jam.

Laman web: Reborn

25344724 10155283810063473 375430578 O
sumber: blog
Img Outlet 02
sumber: reborn

 

3. Herbaline 

Hlpc002
sumber: blog

Bagi anda yang sudah biasa buat rawatan urutan badan, anda boleh pula cuba rawatan facial yang disediakan di Herbaline ini. Servis ‘Relaxing Facial’ yang disediakan mereka hanya bernilai RM73.10 untuk satu jam dan mampu menyegarkan wajah tanpa meninggalkan kesan-kesan merah pada pipi mulus anda. Namun kalau anda mahukan urutan satu badan di spa ini, Herbaline menyediakan servis rubdown untuk 75 minit dengan RM88 per sesi. Gerenti tubuh anda akan cergas selepas rawatan ini.

Laman web: Herbaline 

Hlpc038
sumber: herbaline
P1230629
sumber: blog

 

4. Thai Odyssey

19095442 1439359746103513 3194992270049865084 O
sumber: facebook

Kalau anda tidak biasa ke Thai Odyssey, anda pasti ragu-ragu hendak ke sini kerana takut akan caj mahal yang bakal dikenakan premis ini. Namun jangan bimbang! Thai Odyssey yang mempunyai banyak cawangan sekitar Malaysia menyediakan servis hebat dengan harga yang berpatutan. Anda boleh memilih untuk lakukan urutan separuh badan dengan harga serendah RM58+ untuk 30 minit yang bakal melegakan bahagian kepala, tengkuk dan bahu anda yang sering terbeban dengan stress. Manakala urutan kakinya pula hanya bernilai RM73+ untuk satu jam.

Laman web: Thai Odyssey

10245582 701851059854389 6541033538848357217 N
sumber: thai odyssey
Dsc8068 Medium
sumber: thai odyssey

 

5. Jentayu Spa & Salon 

Jentayu Spa Salon Secret 2
sumber: facebook

Anda takkan percaya kalau melihat harga pada pakej-pakej yang ditawarkan Jentayu Spa & Salon ini. Semuanya murah-murah belaka dan sangat berbaloi bagi mereka yang mencari spa murah sekitar Kuala Lumpur. Terletak di Ampang, Jentayu menyediakan spa kecantikan yang bercirikan tradisional Melayu.

Pakej biasa pusat ini menyediakan perkhidmatan sauna, lulur dan rawatan facial hanya bernilai RM50. Namun bagi mereka yang mahukan urutan badan, anda boleh mencuba Pakej C yang menyediakan servis sauna, lulur dan urutan seluruh badan dengan harga RM88 sahaja! Wah murah kan? 

Facebook: Jentayu Spa & Salon

24058780 2001587833455931 1288462208610384376 N
sumber: facebook
Jentayu
sumber: blog

Dah rancang nak ke spa yang mana hujung minggu ini? Jom relakskan minda dan tubuh badan anda di sana! 

Baca: 8 Lokasi Untuk Weekend Getaway Bagi Yang Mahu Lari Dari Kesibukan Bandar KL! 

Weekend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.