in

Ini 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Ke Festival Fuji Autumn Matsuri, Festival Jepun Terbesar Di Melaka!

Ft Fuji Autumn Matsuri Encore Melaka

Jepun merupakan salah sebuah negara yang terkenal dalam kalangan orang kita sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai tarikan menarik seperti alam semulajadi, taman tema, tradisi, kebudayaan dan pelbagai lagi. 

Disebabkan acara-acara kebudayaan dan tradisi sebegini sering mendapat perhatian ramai sama ada dalam kalangan masyarakat kita, rakyat Jepun yang menetap di sini dan para pelancong asing juga. 

Bertempat di Encore, Melaka, akan diadakan festival kebudayaan Jepun yang terbesar di negeri berkenaan iaitu Festival Fuji Autumn Matsuri yang bakal berlangsung selama sebulan bermula dari 13 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023 bermula jam 3 petang hingga 11 malam. 

Fuji Autumn Matsuri

Selain itu, ini kitorang senaraikan 5 sebab kenapa korang perlu ke festival tersebut : 

1. Ada 4 Tema Berlainan Setiap Minggu

Disebabkan acara ini akan berlangsung selama 4 minggu, jadi setiap minggu akan ada tema yang berlainan dan sesi terbahagi kepada dua iaitu hari biasa dan hari minggu (Jumaat-Ahad).

Berikut adalah tema-tema yang ada mengikut tarikh dan minggu.

W1

Week 1 Traditional Japan Fb Horz

Apa yang menarik, segala persembahan juga akan diadakan mengikut tema yang diberikan. Sebagai contoh, pada minggu pertama tu, korang jangkakan ada banyak persembahan tarian dan kebudayaan tradisional Jepun. Minggu kedua, persembahan moden seperti tarian, nyanyian daripada artis tempatan seperti Hael Husaini dan ramai lagi.

Pada minggu ketiga, persembahan yang diadakan akan mengikut tema festival musim luruh dan minggu terakhir persembahan bertemakan anime, komik dan permainan yang pastinya meriah dengan ‘kehadiran’ watak-watak terkenal serta pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Fuji Healthy  Lifestyle’ yang akan ada pelbagai aktiviti ‘sihat’ yang akan dijalankan.

Unnamed 9

Kpop 02

Kpopinjapanpost 02

  • Kpop Random Dance Challenge (20 September 2023)
  • Strong Nation (21 September 2023)
  • Tabata (28 September 2023)
  • Kpop In Japan Dance Cover Competition 2023 (1 Oktober 2023)
  • X Beat Cardio (3 Oktober 2023)
  • Heat Cardio (5 Oktober 2023)
  • Zumba (19 & 26 September 2023)

2. 6 Zon Bertemakan Jepun

Akan ada 6 zon utama yang bertemakan Jepun yang akan dibahagikan mengikut kategori masing-masing iaitu; Japanese Street, Garden, Culture Street, Bazaar, Food Truck dan Dining Zone. 

Kesemua zon ini akan dihiaskan dengan pelbagai elemen berkenaan kebudayaan Jepun dan pastinya ia akan menjadi tempat yang cantik untuk korang ber’OOTD’ nanti, lebih-lebih lagi kawasan Garden tu. 

Page

Ia akan dihiaskan dengan bunga yang hanya terdapat di daerah Gunung Fuji yang selalu mekar pada musim bunga di Jepun dan juga deretan lampu yang diperbuat dari buluh yang biasanya terdapat di Jepun ketika musim luruh. 

Selain itu, akan ada juga beberapa hiasan ikonik yang sering ditemui di Jepun seperti Torii, tanglung Jepun dan macam-macam lagi. 

3. Pertunjukan Bunga Api ‘Jewels In The Sky’

Selain persembahan dan pelbagai acara menarik berasaskan kebudayaan Jepun, dekat sana nanti akan diadakan pertunjukan bunga api antarabangsa  “Jewel In The Sky” yang akan berlangsung selama 10 hingga 15 minit dan akan diadakan pada hujung minggu dan Hari Malaysia iaitu 16.9.2023.

Untuk maklumat lanjut tentang pertunjukan bunga api ni, korang boleh follow laman sosial Fuji Autumn Matsuri ni di Facebook dan juga Instagram ye.  

 

4. Acara ‘Besar’ Pada Suatu Masa

Selain daripada Fuji Autumn Festival ini, akan ada 4 lagi acara yang berlangsung di Encore Melaka bermula dari 13 September 2023 sehingga 8 Oktober 2023 tersebut. 

Antaranya ada persembahan akrobatik dari Guang Xi Acrobatic Troupe yang diasaskan pada 1952. Mereka ini diiktiraf dan dianugerahkan di pelbagai acara kebangsaan dan antarabangsa dan dipuji sebagai duta pertukaran budaya untuk Guangxi. 

364797314 685552316947199 5628314286964380676 N

Nantikan persembahan menarik dari mereka seperti “Tarian Drum Yaoxin – Denggu” dan drama akrobatik Zhuang yang asli iaitu “Birds in a Hundred Feathers.”

Dalam masa yang sama, akan ada juga Sheng Tai Expo yang akan memaparkan projek terkini dan akan datang oleh kumpulan berkenaan, Fuji Autumn Festival dan juga festival muzik yang akan membariskan artis daripada Jepun. 

 

5. Pelbagai Jenis Makanan & Barangan Jepun

Bila dah ada festival, pastinya ia tidak lengkap sekiranya tidak ada makanan betul tak? Jadi korang boleh dapatkan pelbagai makanan Jepun di kawasan Food Truck yang disediakan. 

Selain itu, festival ini juga mendapat kerjasama daripada JONETZ by DonDon Donki yang pastinya akan membawakan pelbagai jenis makanan, snek, minuman dan pelbagai lagi barangan dari Jepun. 

Selain dari food truck, korang juga boleh dapatkan pelbagai barangan dari Jepun yang akan dijual di bazaar yang hanya diadakan pada sesi hujung minggu sahaja! Ataupun, korang boleh sertai pelbagai aktiviti menarik seperti mengaut ikan emas jepun, permainan menembak getah, dan mainan zaman kanak-kanak Jepun! 

Jadi, korang rancang perjalanan korang dan kita jumpa di sana ye! 

Sebelum terlupa, dekat festival ni nanti akan gunakan kupon sepenuhnya dan ada bayaran masuk iaitu untuk dewasa ialah RM 20 (untuk hari minggu) RM 10 (untuk hari biasa), remaja dan pelajar sekolah, RM 15 (hujung minggu), RM 8 (hari biasa). Diskaun separuh harga untuk kanak-kanak 6-12 tahun, warga emas dan juga OKU. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial Fuji Autumn Matsuri ni di Facebook dan juga Instagram

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook