Selama ini kalau kita menonton satu movie dan kita suka, pasti kita akan puji kualiti lakonan pelakon tersebut dan secara tak langsung mesti sangkakan pelakon itu bangga dengan kejayaan filem yang dia telah jayakan.
Bagaimanapun, ada segelintir pelakon Hollywood ini rasa disebaliknya tau! Misalnya pelakon-pelakon yang min listkan kat bawah ini, ada yang betul-betul hit!
1. Robert Pattinson, Twilight
Robert Pattinson mengaku yang dia benci wataknya sebagai Edward Cullen dalam filem Twilight. Padahal watak itulah yang membantu dirinya untuk jadi lebih terkenal sebagai pelakon, tetapi itu tidak mencukupi untuk Robert. Kebenciannya terhadap Edward Cullen menyebabkan pelakon itu hampir dipecat daripada filem pertama.
Robert Pattinson membawa watak sebagai Edward Cullen ketika berusia 21 tahun. Pada usia itu, Robert merasakan seolah-olah dia harus mencuba dan membuat filem itu lebih artistik. Namun, percubaannya itu telah membuatkan penerbit filem itu merasakan bahawa penggambarannya tentang Edward Cullen adalah “terlalu emo” untuk mereka.
2. Kate Winslet, Titanic
Kate Winslet sangat terkenal dengan watak Rose dalam Titanic. Bagaimanapun, Kate percaya ia adalah antara persembahannya yang paling teruk.
Jadi, dia tidak dapat menonton semula Titanic tanpa mengkritik lakonannya. Terdapat satu adegan yang tidak dapat dilupakan yang paling dibenci Kate, kerana ia masih menghantuinya bertahun-tahun kemudian.
Babak lukisan potret itu mungkin salah satu adegan paling ikonik dalam Titanic. Potret itu adalah sahih, watak Kate tanpa seurat benang juga real dan setiap aspek adegan itu adalah benar. Jadi jelaslah mengapa ia menghantui pelakon itu selama bertahun-tahun.
Peminat yang meminta tandatangannya pada potret itu hanya menambahkan ketidakselesaan Kate mengenai adegan itu.
3. Halle Berry, Catwoman
Catwoman pernah ada filem solo dan ia dilakonkan oleh Halle Berry. Selepas Catwoman ditayangkan pada tahun 2004, filem itu gagal walaupun Halle Berry sudah berikan yang terbaik. Dia tidak dapat menahan rasa bersalah terhadap keputusan akhir filem itu.
Dia menerima kritikan pedas daripada peminat dan pengkritik filem. Halle Berry sedar bahawa terdapat masalah dengan produksi, tetapi tiada apa yang boleh dilakukannya. Catwoman menerima banyak terima komen negatif, jadi Halle Berry menjadi kecewa dengan filem itu dan peranannya sebagai Catwoman.
Ada satu majlis anugerah yang dinamakan Golden Raspberry Award, ia adalah khusus untuk filem paling teruk, pastinya tak ramai pelakon sanggup terima anugerah itu. Namun Halle Berry selamba menerimanya sebagai ‘pemenang’ Worst Actress for Catwoman. Dia memberikan ucapan berikut…
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Warner Bros kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam filem yang teruk ini,” katanya kepada orang ramai.
“Inilah yang diperlukan oleh kerjaya saya: bermula dari atas terus ke bawah.”
4. Blake Lively, Gossip Girl
Blake Lively mula menempah nama selepas dirinya melakonkan watak gadis remaja iaitu Serena van der Woodsen dalam Gossip Girl, drama yang masih digemari peminat hari ini.
Walau bagaimanapun, pelakon itu sebelum ini telah menyenaraikan rancangan itu sebagai salah satu peranan yang paling tidak digemarinya, mengatakan bahawa dia mendapati karya itu “tidak merangsang” dan membenci watak serta mesej yang dikemukakan oleh rancangan itu.
5. Alec Guinness, Star Wars
Alec Guinness benci wataknya sebagai Obi-Wan Kenobi dalam trilogi Star Wars versi asal sehinggakan produksi sanggup menggandakan gajinya, tetapi ia tetap tidak membuatkannya gembira.
Dia menyifatkan tulisan George Lucas sebagai “sampah”, sambil menambah: “Tiada satu pun daripadanya menjadikan watak saya jelas atau boleh ditanggung.” Dia juga menyifatkan proses penggambaran sebagai “membosankan hingga ke tahap – panas, hambar dan tidak terurus”.
Wow, ingatkan semua happy je lepas tengok usaha mereka membuahkan hasil. Tapi diaorang pun manusia juga ada citarasa dan kehendak. So, fahamlah.
Sumber : CBR.com & Independent.co.uk
Baca : 5 Lagu Hit Hollywood Yang Asalnya Kena Reject Dengan Penyanyi Lain