in

5 Makanan Sahur Yang Boleh Kurangkan Rasa Lapar Ketika Berpuasa, Korang Kena Cuba!

collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sahur dan berbuka merupakan dua perkara yang diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia ketika bulan Ramadan. Waktu berbuka merupakan masa yang dinanti-nantikan, tapi ramai yang ambil ringan dengan waktu sahur kerana lebih gemar untuk tidur atau rasa tak berapa selera untuk makan ketika itu.

Tapi kalau korang nak tahu, sahur merupakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW yang paling besar tau, malah baginda tak pernah meninggalkan amalan ini. Perkara ini juga dapat dilihat dalam salah satu hadis Rasulullah di mana baginda bersabda:


“Pemisah, perbezaan di antara puasa kita dengan ahli kitab adalah dengan bersahur.” – Hadis riwayat Abu Daud

Feature photo 6 Easy Sahur Meal Ideas.jpg

Selain ia merupakan satu amalan sunnah, sahur juga boleh bantu untuk berikan kita tenaga bagi menjalani ibadah dan aktiviti seharian. Tapi, kalau salah pemakanan, silap-silap baru pukul 10 pagi dah lapar balik kan?

Jadi pada artikel kali ini, jom kita tengok makanan sahur apa yang boleh membantu kita untuk terus rasa bertenaga sepanjang hari dan apa makanan yang perlu dielak.

Artikel berkaitan: 6 Resipi Sahur Simple Tapi Confirm Buka Selera!

Artikel berkaitan: Cepat Lapar Walaupun Makan Banyak Ketika Sahur? Ini Penjelasan Pakar Nutrisi

1. Telur

loaded scrambled eggs

Telur merupakan superfood untuk orang-orang yang mahu menjaga kesihatan, diet dan tenaga yang berpanjangan. Ini kerana, telur mempunyai banyak protein yang baik dan tinggi vitamin dan nutrisi.

Tak cukup dengan itu, telur juga berupaya untuk buat korang kenyang tau sebab ia tak akan sebabkan korang alami tekanan gula rendah atau tinggi yang biasanya jadi punca kenapa korang lapar.

Jadi, kalau korang nak makan telur waktu sahur, korang boleh makan telur setengah masak, telur rebus, telur hancur dan pelbagai lagi masakan lain. Selain itu juga, korang boleh makan telur dengan roti atau sayur-sayuran lain.

2. Greek yogurt

Greek Yogurt Oatmeal 3 670x1005 1

Yogurt merupakan makanan yang sangat sedap dan mudah untuk membuka selera makan walaupun ketika korang tengah mengantuk.

Greek yogurt mempunyai protein casein yang boleh memperlahankan penghadaman dan sekaligus buatkan korang kenyang sepanjang hari.

Kalau korang tak suka untuk makan yogurt ni macam tu je, korang boleh juga campurkan dengan buah-buahan kesukaan korang dan google je apa-apa resepi mudah yang boleh disatukan dengan yogurt.

Korang boleh buat yogurt ni sebelum tidur dan simpan dalam peti sejuk, bila sahur, korang hanya tinggal keluarkan dan makan. Settle!

3. Ikan atau ayam

Air Fryer Chicken Breasts 1 6

Ikan dikenali sebagai makanan yang boleh meningkatkan kecerdasan. Tapi untuk elak dari cepat rasa haus, pastikan korang tak makan makanan yang bergoreng.

Ayam pula mempunyai nutrisi yang boleh membekalkan tenaga untuk korang jadi ia dapat membantu korang untuk berfungsi dengan lebih baik ketika berpuasa.

Selain dari ayam dan ikan korang juga boleh makan daging. Tapi pastikan ayam dan daging tu korang pilih bahagian yang kurang berlemak tau.

4. Oatmeal

Peanut Butter Banana Oatmeal Recipe by FiveHeartHome 1200pxFeatured 1

Oatmeal merupakan sumber makanan yang baik kerana ia mempunyai protein dan karbohidrat yang tinggi. Selain itu, dengan hidangan mudah seperti ini, korang confirm akan rasa kenyang sepanjang hari.

Korang boleh memilih untuk menyediakan oatmeal segera atau overnight oatmeal yang boleh dibuat sebelum korang masuk tidur.

5. Kekacang

shutterstock 355672364.jpg

Kalau korang nak tahu, kekacang boleh buatkan korang rasa kenyang walaupun makan dalam kuantiti yang sikit tau. Jadi, waktu sahur kalau korang malas sangat nak buat apa-apa, korang bolehlah makan apa-apa jenis kacang yang korang suka dan minum susu panas.

Hidangan macam ni je dah boleh buat korang rasa kenyang untuk jangka masa yang lama tau.

Bonus: Air nabeez

IMG 1856 1 2 scaled e1648296756407

Air rendaman kurma atau air nabeez merupakan minuman sunnah yang banyak khasiatnya tau dan caranya pun sangat sangat mudah.

Sebelum tidur, ambil 3 biji kurma dan buang bijinya, carik-carik isi kurma. Rendam isi kurma dalam air masak biasa dan biarkan di luar. Bila korang bangun sahur esoknya, air tu korang boleh je minum macam biasa.

Air Nabeez ni korang juga boleh minum lepas makan hidangan sahur korang dan cuba amalkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ni.

5 makanan/minuman yang perlu dielakkan waktu sahur

1. Teh/kopi dan minuman bergula

Kalau korang nak tahu, teh, kopi dan minuman bergula ni adalah antara yang perlu dielak waktu sahur. Ini kerana, kopi dan teh boleh membuatkan korang cepat rasa haus dan gula di dalamnya pula akan membuatkan tekanan gula dalam badan cepat meningkat dan turun dengan mendadak sekaligus buatkan korang cepat rasa lapar dan penat.

2. Makanan berminyak

Makanan-makanan berminyak dan gorengan boleh membuatkan perut korang kembung dan banyak angin. Ini boleh menyebabkan ibadah korang terganggu terutamanya bila nak solat subuh. Selain itu juga makanan berminyak ni boleh buat korang rasa tak bertenaga dan mengantuk.

3. Roti putih

Roti putih ni walaupun sedap dan mudah untuk dimakan ketika sahur, ia juga boleh menyebabkan tekanan gula korang cepat naik dan cepat juga turun seperti minuman bergula.

4. Bijirin

Bijirin seperti cornflakes memang merupakan makanan yang mudah dimakan pada waktu pagi lebih-lebih lagi bila digabungkan dengan susu sejuk. Tapi jumlah gula di dalam bijirin akan menyebabkan korang cepat lapar dan mengantuk ketika berpuasa.

5. Kari dan sup berminyak

Biasanya bila waktu sahur, kita akan makan makanan lebihan semasa berbuka puasa. Tapi makanan seperti kari dan sup ini akan membuatkan kita rasa kembung dan ia juga tak boleh nak dihadam dengan baik. Perkara ini sekaligus akan membuatkan kita rasa terganggu untuk membuat ibadah dan melakukan pekerjaan.

So, korang dah bolehlah beli barang-barang dapur yang sesuai untuk bulan puasa ni ok? Selamat berpuasa!

Sumber: TikTok, food.ndtv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.