in

5 Kisah Menarik & Pelik Berkaitan Servis Penghantaran Di Seluruh Dunia

rekod penghantaran surat di dunia

Industri kurier atau servis penghantaran merupakan perkhidmatan yang dah lama bertapak dalam tamadun manusia. Pada zaman dahulu, kurier dan mesej penting telah disampaikan dengan bantuan haiwan seperti burung merpati, unta, kuda dan lain-lain.

Seperti yang tercatat pada rekod purba yang didokumenkan, perkhidmatan kurier terancang pertama dilakukan di Mesir pada 2400BC. Dalam perkhidmatan kurier ini, penghantar pesanan akan membawa batu berukir sebagai mesej dari satu titik ke satu titik.

Namun, dengan adanya teknologi dan pelbagai jenis kenderaan, servis kurier atau penghantaran barangan ini semakin berkembang dan kaedah yang dahulunya memakan masa telah digantikan dengan era perkhidmatan kurier cepat dan pantas.

pexels tima miroshnichenko 6169046

Disebabkan perkhidmatan ini sudah ada sekian lama, pastinya ada kisah dan cerita yang menarik dan pelik berkaitan servis penghantaran ini.

Antara yang min rasa sangat menarik adalah :

Penghantar surat khabar tertua di dunia

Kalau sekarang, mungkin kita lebih banyak membaca surat khabar atas talian, dan mungkin ada yang masih keluar untuk membeli surat khabar di kedai serbaneka dan masih ada juga mereka yang membuat perkhidmatan menghantar surat khabar.

imgID43071847.jpg.gallery

Penghantar surat khabar tertua ialah Ted Ingram yang berumur 93 tahun 268 hari ketika bersara pada 9 November 2013. Beliau lahir pada 14 Februari 1920, dan merupakan penghantar akhbar Dorset Echo di Weymouth, Dorset, UK, dan telah melakukannya selama lebih daripada 70 tahun.

Surat terbanyak dihantar ke Santa Klaus

Walaupun kewujudan Santa Klaus hanyalah watak lagenda yang berasal dari budaya Kristian Barat yang dikatakan membawa hadiah kanak-kanak pada waktu lewat petang dan waktu malam pada malam Krismas, pihak Canada Postal menerima lebih daripada 50 ribu pucuk surat pada tahun 2006 untuk dihantar ke Santa. 

maxresdefault 5

Pun begitu, daripada melihat surat ini tidak dijawab, perkhidmatan pos Kanada tersebut telah mengumpulkan 11,000 orang sukarelawan untuk membalas surat tersebut dan lebih menarik, ianya dibalas menggunakan 11 bahasa yang berbeza, termasuk Braille!

Para sukarelawan menghasilkan balasan individu untuk setiap surat, memastikan kanak-kanak Kanada sangat gembira dan sehingga hari ini, pihak pos Kanada tersebut telah membalas lebih daripada 15 juta surat ‘bagi pihak’ Santa Klaus.

Surat paling lama untuk sampai 

Royal Mail, sebuah syarikat perkhidmatan pos dan kurier multinasional British telah memegang rekod untuk ‘kelewatan pos paling lama’ dan tercatat di Guinness World Records iaitu lewat selama 89 tahun!

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2008, Janet Barrett, pemilik rumah tetamu di Weymouth, Dorset, UK, telah menerima surat jemputan untuk menghadiri parti Boxing Day, yang telah dikirimkan pada 29 November 1919!

80 years late lett 1201723c

Menariknya, surat RSVP berkenaan telah dihantar dalam beg plastik dengan nota daripada Royal Mail yang memohon maaf atas sebarang kerosakan. Namun, mereka tidak memberikan penjelasan untuk kelewatan yang terlalu lama tersebut.

Kalau sebut pasal ‘penghantaran’ sekarang ni, pastinya kita teringat akan penghantar makanan je sebab kita dah jarang menghantar barangan atau surat, lebih-lebih lagi ke luar negara disebabkan masa yang diambil agak lama untuk sampai ke penerima. 

Kalau korang nak tahu, sekarang ni sebenarnya ada kaedah lebih mudah dan cepat untuk hantar barangan kepada sesiapa yang berada di luar negara dan mereka akan terimanya keesokan harinya, iaitu menggunakan Teleport Pink

Pada peringkat pengenalan, Teleport hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Singapura manakala kawasan lain di Asia Tenggara akan menyusul pada tahun 2023. Servis penghantaran antarabangsa daripada Teleport ini menjanjikan penghantaran barangan ke Singapura dengan kadar rata RM40 atau sekitar 10 USD dan akan sampai ke penerima keesokan hari. 

Cara Penghantaran Mudah

Kaedah penghantaran menggunakan Teleport Pink ni sangat mudah, korang hanya perlu :

  1. Imbasan pantas kod QR unik pada beg bungkusan 
  2. Pengguna akan terus dibawa ke borang pemesanan
  3. Bungkusan akan diambil (dalam masa 3 jam) di alamat yang didaftarkan
  4. Bungkusan dihantar menggunakan penerbangan AirAsia ke destinasi
  5. Penghantaran akan sampai kepada penerima paling lewat pada jam 6 petang (keesokan hari).

Urgent Still 3

Paling min suka adalah bungkusan penghantaran yang diberikan itu ada fungsi dua penghantaran. Korang boleh guna semula bungkusan Teleport Pink ini, cuma perlu kopekkan pelekat arahan untuk mendedahkan kod QR lain bagi penghantaran kedua.

Sisters Still 3

Untuk menerima bungkusan hari esok, pesanan perlu dibuat sebelum jam 4 petang dan bungkusan korang akan sampai ke penerima di Singapura paling lewat 6 petang keesokan harinya. 

Untuk menyemak kawasan penghantaran atau nak tahu lebih lanjut mengenai Teleport Pink ni, korang boleh tengok di sini

Setakat ini, perkhidmatan Teleport hanya merangkumi kawasan-kawasan tertentu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kecuali

  • Puchong
  • Setia Alam
  • Klang
  • Rawang
  • Sungai Buloh
  • Ampang (sebahagian)
  • Wangsa Maju
  • Setiawangsa
  • Bukit Jalil
  • Damansara Perdana 

Sempena pelancaran Teleport Pink ni, akan diadakan roadshow di kawasan utama sekitar Lembah Klang. 

Paling best, korang akan dapat menikmati penghantaran PERCUMA ke Singapura untuk bungkusan pertama semasa tempoh kempen pelancaran ni diadakan dengan menggunakan kod “PINKFREE”.

Untuk maklumat lanjut tentang Teleport Pink, layari laman web www.teleportpink.com atau boleh ke  laman sosial diorang untuk ketahui lokasi roadshow TeleportPink ni nanti okay.

Sumber: Pexels
Sumber: Dorset Echo
Sumber: Telegraph