Bila tiba bulan puasa, pastinya bermacam-macam jenis juadah akan dijual di bazar Ramadan yang biasanya akan diadakan berdekatan dengan taman-taman perumahan ataupun tempat yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Semestinya juadah seperti murtabak, roti john, tepung pelita dan pelbagai lagi bakal menjadi pilihan ramai terutamanya untuk mereka yang tidak sempat untuk memasak di rumah ataupun ingin mencari kelainan semasa berbuka.
Namun, biasanya orang ramai akan lebih memikirkan tentang makanan berbanding minuman selain ianya lebih menjimatkan dan sudah tentulah sedap kerana dibuat sendiri. Hehe.
Kalau korang mencari idea minuman yang ‘rare’ dan berlainan sikit bulan puasa ni, korang boleh cuba salah satu minuman ni :
Laban
Laban atau ada dieja sebagai Laben merupakan minuman berasaskan yogurt yang popular di Turki dan Afrika Utara.
Minuman yang menyegarkan ini menggunakan 3 bahan sahaja iaitu :
- 1/2 cawan yogurt,
- 1/2 cawan air
- Garam (untuk tambah rasa)
Cara : Blendkan kesemua bahan dan tuang dalam cawan. Kemudian, masukkan ais sebelum dihidang kerana ia biasa diminum sejuk dan sesuai sama ada untuk berbuka mahupun sahur.
*Resepi untuk 1 hidangan
Karkade
Minuman manis yang terkenal di Sudan dan Mesir ini merupakan sejenis teh dan dibuat menggunakan Roselle dan boleh dinikmati sama ada sejuk mahupun panas.
Bahan yang digunakan pun tak leceh, hanya gunakan :
- 2 cawan Roselle kering
- 10 cawan air
- Gula secukup rasa
Cara :
- Bilas bunga Roselle kering sedikit di bawah air sejuk.
- Letakkan dalam periuk besar dan kacau adunan selama 5-7 minit.
- Kecilkan api.
- Masukkan gula dan kacau sehingga larut sepenuhnya.
- Biarkan ia mendidih selama 40-45 minit.
- Biarkan ia sejuk dan kemudian tapis tiga kali.
- Letakkan dalam botol atau jag dan sejukkan.
- Sedia untuk dihidang
* Resipi untuk +/- 4 hidangan.
Teh Saffron (Zaafaran)
Saffron atau Zaafaran ini merupakan herba yang terkenal di Arab dan mengeluarkan bau yang agak wangi. Selain sering dicampurkan dalam masakan, sebenarnya Saffron ini boleh digunakan untuk menghasilkan teh yang sangat menyegarkan.
Bahan yang diperlukan :
- Secubit zaafaran
- 2 cawan air
- Hirisan halia (optional)
- Lemon (optional)
Cara :
- Didihkan air dalam periuk kecil.
- Apabila air mendidih, tutupkan api.
- Masukkan secubit saffron ke dalam air.
- Masukkan hirisan halia (pilihan)
- Bancuh selama 5 minit.
- Sedia untuk dihidang
Smoothie Mangga dan Kunyit
Jarang kita dengar kunyit digunakan untuk membuat air kan? Ha, sebab tu korang kena cuba buat smoothie mangga ‘special’ ni.
Bahan :
- 130 gram mangga (dibekukan)
- 40 gram oren (dibekukan)
- 50 gram kurma (dibuang biji)
- Ais (hancur) satu senduk
- 1/4 tsp kunyit
- 1/8 tsp garam
- 100 ml UFC Velvet Oat Milk (tanpa gula)
Cara :
- Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
- Kisarkan semua sehingga tekstur agak likat
- Tuang dalam cawan
- Boleh tambah mangga dan oren beku untuk hiasan
Selain daripada menu-menu kat atas ni, sebenarnya banyak lagi idea dan menu minuman yang korang boleh cuba. Kalau rajin, cuba satu resepi satu hari. Kalau untuk korang yang tak boleh minum susu pulak, korang cari susu alternatif macam Velvet Oat Milk dari UFC yang min cadangkan pada resepi last tu. Korang boleh dapatkan dekat mana-mana pasaraya macam Jaya Grocer, Village Grocer, Watsons, Family Mart dan lain-lain.
Velvet Oat Milk ni selain tidak ditambah gula, ia merupakan alternatif kepada mereka yang ada alahan kepada susu biasa dan mempunyai pelbagai khasiat seperti tinggi kandungan fiber, vitamin B untuk membantu sistem saraf serta mempunyai kalsium dan vitamin D yang baik untuk tulang.
Air Kelapa Segar Thailand
Untuk berbuka, korang minum air kelapa. Bukan apa, seharian kita berpuasa ni, mestilah badan akan rasa lesu dan penat sebab kekurangan nutrien. Jadi dengan minum air kelapa, setidaknya boleh tambahkan semula elektrolit dalam badan.
Kalau susah nak cari air kelapa segar, korang boleh beli air kelapa dalam kotak, salah satu contoh adalah UFC Refresh Coconut Water ni yang 100% diperbuat dari air kelapa dari Thailand. Ramai yang tak tahu sebenarnya ada banyak khasiat dan kelebihan air kelapa ni, seperti menghidratkan semula badan, seimbangkan elektrolit dalam darah, tingkatkan metabolisma dan boleh menurunkan suhu badan secara semulajadi.
Selain resepi yang ada ni, korang boleh jugak tengok idea masakan atau minuman di Youtube rasmi UFC disini. Memang senang sangat nak buat.