Bila disebut nama Haji Bakhil, pasti dalam otak kita akan terus fikir satu perkara iaitu gelaran bagi orang-orang kedekut, ia adalah watak yang direka oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Labu Labi, seorang hartawan tapi sangat berkira dalam bab-bab pemberian ataupun kongsi hartanya.
Namun begitu, perkongsian kali ini bukanlah berkenaan dengan filem atau watak itu, tetapi min nak kongsikan yang individu seakan Haji Bakhil ini memang wujud, malah ada yang lebih teruk lagi!
Jadi, di sini min nak senaraikan beberapa individu kenamaan yang kaya raya, tapi berjimat cermat sampai ke tahap kedekut.
1. Charlie Chaplin
Ahli komedi lagenda terkenal, Charles Spencer Chaplin Jr. dikatakan meraih $10,000 seminggu menjelang 1916, ia bersamaan dengan $219,000 seminggu untuk kadar hari ini.
“Walaupun selepas dia mempunyai berjuta-juta di bank, Chaplin nampaknya tidak pernah mempunyai wang untuknya, dan apabila makan di luar dengan rakan-rakan dia selalu membenarkan orang lain mengambil tab itu (orang lain yang bayarkan makan),” kata biografi Kenneth S. Lynn.
Pelakon Marlon Brando menggelarnya “seorang zalim yang ego dan seorang penny-pincher (terlalu berjimat),” manakala Orson Welles pula menyifatkannya sebagai “lelaki paling murah dalam hidup.”
Mengikut cerita, Chaplin sanggup menggunakan tukang kayu set filem untuk membina rumahnya di Beverly Hills semata-mata nak menjimatkan wang dan ia mengakibatkan struktur rumahnya sangat rapuh dan mudah runtuh sehingga tidak lama kemudian digelar Rumah Breakaway.
2. J. Paul Getty
Dipercayai sebagai warganegara terkaya di dunia pada zamannya, jutawan minyak yang sering berkahwin dan bercerai ini suka melakukan penerbangan dengan set jet antarabangsa tetapi benci untuk membayar tiketnya.
Ahli biografi Robert Lenzer melaporkan bahawa semasa Getty menginap di hotel mewah, dia biasanya menempah bilik paling kecil dan paling murah yang ada.
Apabila dia memperoleh sebuah rumah agam di luar London, orang ramai anggap mungkin dia dah kurangkan kedekutnya itu, tetapi tidak lama kemudian akhbar melaporkan bahawa dia telah memasang telefon berbayar untuk kegunaan tetamu, sambil juga meletakkan kunci pada semua telefon lain dan Getty tidak menafikannya.
Antara alasan yang diberikan, dia tidak memiliki rumah itu secara peribadi, itu adalah rumah syarikat. Jadi dia hanya menjaga kepentingan pemegang saham.
3. Cary Grant
Peramah, lucu dan tampan tetapi sangatlah berkira, Cary Grant dibesarkan dalam keadaan sederhana di England sebelum datang ke Amerika Syarikat semasa remaja.
Menjelang tahun 1930-an dia bukan sahaja salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood tetapi berkahwin dengan salah seorang wanita terkaya di dunia, pewaris Woolworth, Barbara Hutton.
Pada waktu itu akhbar menggelar mereka sebagai Cash & Cary. Perkahwinan itu bertahan selama 3 tahun saja.
Antara sikapnya yang berkira dan berjimat adalah dia akan mengecaj tetamu yang hadir ke rumahnya untuk dobi dan perbelanjaan lain. Malah, dia mengenakan bayaran 25 sen setiap satu untuk autograf daripada peminat dengan mengatakan untuk diagihkan kepada tabung amal.
Menurut penulis biografi Marc Eliot, Grant sendiri dengan bangga mengakui gosip bahawa dia suka memotong dan menyimpan butang dari bajunya yang usang, katanya ia satu perkara yang masuk akal untuk dilakukan.
4. Hetty Green
Seorang yang genius dalam dunia pelaburan dan meraih kekayaan bernilai lebih daripada $2 bilion dolar (kalau ikut nilai kadar zaman ini), ia telah membuatkan Hetty Green sebagai wanita terkaya di Amerika Syarikat pada zamannya.
Namun, dia lebih dikenali sebagai Witch of Wall Street, nama samaran yang sesuai dengan amalan perniagaannya yang dingin dan tabiatnya berpakaian serba hitam. Green juga terkenal dengan sifat kedekutnya.
Apabila dia perlu berjumpa doktor, dia akan memakai pakaian hitamnya yang paling lusuh untuk ke klinik dan mendapatkan ubat secara percuma, dia akan mendaftar masuk dengan nama palsu untuk mengelak daripada membayar.
Ada cerita yang tersebar luas menyatakan bahawa anaknya kehilangan kaki kerana Green tidak sanggup membayar untuk rawatan yang sewajarnya, walaubagaimanapun penulis biografi Charles Slack mengatakan bahawa dakwaan itu agak melampau.
Walaupun hartanahnya sangat besar di New York, Boston, Chicago, dan St. Louis, Green tinggal di beberapa pangsapuri sewa murah. Di restoran, dia cukap dikenali dengan sikap tawar-menawar dengan pelayan mengenai harga menu sebelum memesan beberapa makanan yang murah.
Namun, dia seboleh-bolehnya akan elak untuk makan di restoran kerana sering membawa balang oatmeal kering, yang akan dia campurkan dengan air dan gunakan haba pada radiator terdekat untuk larutkannya.
5. Aristotle Onassis
Jacqueline Bouvier Kennedy menyangka hari-harinya hidup dengan kesederhanaan telah berakhir apabila dia berkahwin dengan hartawan perkapalan bilionair, Aristotle Onassis. Walaupun Onassis nampaknya bermurah hati dengan pengantin barunya, dia pergi membeli-belah pakaian yang menyebabkan satu majalah melabelnya sebagai “kawan baik peruncit”.
Penulis biografi Stephen Birmingham ada menceritakan tentang Onassis yang membuat lawatan mengejut ke dapur kru di atas kapal layarnya:
“Sambil menarik penutup dari tong sampah, dia memasukkan tangannya jauh ke dalam tong itu sebelum menunjukkan segenggam spagetti yang belum dimakan, dia menangis dengan marah, ‘Mengapa makanan ini dibuang?’”
Onassis juga terkenal dengan sikapnya yang kedekut nak bagi tips. Malah, dia enggan memakai kot ketika pergi ke kelab malam, walaupun pada musim sejuk untuk elak bayar upah butler yang akan sambut kot dia.
“Memandangkan saya dikenali sebagai orang kaya, saya rasa saya perlu memberi tip sekurang-kurangnya $5 setiap kali saya buka kot saya. Selain itu, saya perlu memakai kot yang sangat mahal, dan ia perlu diinsuranskan.”
Aduh! Mesti tak selesa dengan orang yang macam ni, mungkin sikap macam ni la yang buatkan dia kaya kot.
Sumber: Money