in

5 Drama Terbitan Allahyarham Mohd Noor Kadir Yang Pernah Menjadi Kegemaran Ramai Suatu Ketika Dulu

mohd noor kadir meninggal dunia drama hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi Jumaat yang mulia ini, kita dikejutkan dengan pemergian penerbit yang juga Pengarah Urusan Kuasatek Pictures Sdn Bhd, Mohd Noor Kadir, 69, yang meninggal dunia disyaki akibat kanser prostat tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar jam 1.57 pagi.

Menurut Berita Harian, pemergian Mohd Noor disahkan oleh sahabat baiknya, penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.


WhatsApp Image 2022 07 29 at 3.59.40 AM 1659055839

Seperti yang ramai sedia maklum, Allahyarham Mohd Noor pernah menerbitkan beberapa drama hebat di zaman 90-an yang masih meninggalkan ingatan manis buat penonton sehingga kini.

Berikut kami senaraikan 5 drama terbitan Kuasatek yang jadi kegemaran ramai suatu masa dulu:

1. Cinta Korporat 

Drama Cinta Korporat yang dibintangi pelakon Azah Aziz, Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli ini pernah menjadi antara drama hit pada zaman 90-an.

Disiarkan di TV3 pada tahun 1996, ia mengisahkan mengenai Azhar yang telah memilih Lisa, seorang wanita Melayu sebagai setiausahanya ketika bertugas di London.

maxresdefault 1

Walau bagaimanapun, konflik cinta muncul apabila Azhar dan Badrul berlumba-lumba mahu memikat hati Lisa sehingga Badrul meminta Azhar menghantar dia bertugas di luar London kerana tidak mahu bergaduh dengan Sherin.

Runut bunyi drama ini dinyanyikan oleh Amy Mastura dan Nora yang pada ketika itu sangat terkenal.

2. Cinta Antara Benua 

Cinta Antara Benua yang telah disiarkan pada tahun 1997 dibintangi oleh Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan Asdayanti Daut.

D07A2D31 AFE3 4533 A3ED 16C31CF2B6AA

Ia mengisahkan suka duka sekumpulan pelajar dari Malaysia yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan percintaan semasa menuntut pelajaran di Newcastle dan London.

Nora dan penyanyi Arni Nazira antara penampilan khas di dalam drama ini. Lagunya pun best-best tau!

3. Cinderella 

Cinderella mungkin antara drama yang paling ‘meletup’ terbitan Kuasatek hingga menaikkan nama dua pelakon utamanya, Ahmad Idham dan Haliza Misbun hingga kini.

Disiarkan pada tahun 1998, drama ini telah diarahkan oleh Din CJ dan skripnya ditulis sendiri oleh Mohd Noor Kadir.

18033061 510704145927393 4130541626800655934 n

Ia mengisahkan tentang Nurul yang mewarisi kekayaan bapanya selepas kematian lelaki itu. Walau bagaimanapun, kehidupannya agak menyedihkan kerana tinggal bersama keluarga tiri yang ingin membolot harta tersebut.

Dalam satu kejadian ‘tangkap basah’, Salman pemuda dari bandar telah dipaksa berkahwin dengan Nurul. Setelah berkahwin, Nurul terpaksa berlagak menjadi orang gaji kerana mahu membantu Salman dan juga mencari siapa ibu kandungnya.

4. Romeo & Juliet  

Dibintangi pelakon hebat seperti Umie Aida, Hani Mohsin, Erma Fatima dan Ahmad Idham, drama Romeo & Juliet ini telah disiarkan pada tahun 1999.

Ketiga-tiga soundtrack bagi drama ini telah dinyanyikan oleh Umie Aida yang juga seorang penyanyi suatu masa dulu. Ramai yang tak tahu ni! 

romeo and juliet

5. Salam Taj Mahal 

Disiarkan pada tahun 2000, Salam Taj Mahal membariskan pelakon seperti M Nasir, Umie Aida dan Vanida Imran.

Drama yang menjalani penggambaran hampir 60% di India ini mengisahkan Ali lakonan M Nasir yang terpisah dengan adik perempuannya yang baru lahir, Aishah (Vanida Imran) ketika berusia 10 tahun setelah ibu bapa mereka terbunuh dalam satu rompakan.

9B1255F9 5DF8 4A2F 9408 A4E460C0AC3E

Ali dijadikan anak angkat rakan bapanya dan dibawa ke India, manakala Aishah pula dijaga keluarga angkat lain. Aishah yang menukar namanya menjadi ‘Asha’ kemudian tidak sedar bahawa dia bekerja di sebuah akademi di India yang mana pemiliknya ialah abangnya sendiri, Masterji Ali Alam Khatab.

Bagi korang yang rasa macam nak tonton semula drama ini, korang boleh je tengok di Youtube TV3.

Apa-apapun marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah Mohd Noor Kadir. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Baca: 7 Filem & Drama Adibah Noor Yang Terlalu Istimewa & Dekat Di Hati Penonton

adibah noor

Sumber: Youtube
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.