in

5 Aktiviti Cuti Sekolah Yang Menarik Untuk Ibu Bapa Dan Anak, Barulah Tak Bosan!

Aktiviti cuti sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak dah mula bercuti? Anda sedang mencari aktiviti cuti sekolah yang menarik untuk mengisi masa lapang anak-anak di rumah?

Jangan runsing, kami ada jawapannya untuk anda!


Aktiviti-aktiviti di bawah ini bukan sahaja akan membuatkan anak-anak rasa gembira, mereka juga dapat belajar skil baharu yang mungkin tidak dapat dipelajari di sekolah.

Paling penting, anda tidak perlu keluar bercuti jauh-jauh. Semua aktiviti ini boleh dilakukan di rumah sahaja!

5 aktiviti cuti sekolah yang menarik untuk anak di rumah

1. Ajak anak berkebun

Aktiviti cuti sekolah

Berkebun merupakan aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak yang sukakan alam sekitar. Melalui aktiviti ini, anak boleh belajar skil berkebun dan meluangkan lebih masa bersama ibu atau ayah.

Selain itu, berkebun juga dapat menggalakkan perkembangan sensori anak. Inilah masa yang terbaik untuk mengajar mereka tentang jenis tumbuhan atau serangga yang berbeza. Tanya anak, apakah warna tanaman yang boleh mereka lihat.

Sebagai permulaan, anda boleh ajak anak menanam tanaman yang mudah seperti sayur-sayuran.

Anak pasti rasa excited dan gembira melihat tanaman yang mereka usahakan membesar dengan sihat. Mana tahu, aktiviti ini boleh jadi hobi anak apabila mereka meningkat dewasa nanti!

2. Baca 1 buku seminggu

Jika anak anda merupakan ulat buku, ini merupakan aktiviti cuti sekolah yang terbaik untuk anda sekeluarga.

Banyak kajian yang telah membuktikan kebaikan membaca terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Cuba ajak anak membaca sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Kurangkan penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar dan tablet. Pada masa yang sama, pastikan anak mempunyai masa tersendiri yang dikhaskan untuk aktiviti membaca.

Membaca bukan sahaja akan buatkan penguasaan bahasa anak menjadi semakin mantap, ia juga dapat mengasah daya imaginasi si manja!

3. Buat buku skrap

Aktiviti cuti sekolah

Anak anda suka subjek seni? Inilah masanya untuk asah bakat mereka!

Satu contoh aktiviti yang menarik pada cuti sekolah ialah membuat buku skrap. Aktiviti ini tidak memerlukan bajet yang tinggi, cukuplah sekadar buku kosong, kertas warna dan alat tulis.

Ibu bapa dan anak-anak dapat menghabiskan masa bersama untuk menyiapkan sebuah buku skrap.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengasah sisi kreatif anak, ia juga pasti akan menjadi kenangan manis pada masa hadapan!

4. Berbasikal pada waktu petang

Sekiranya anak masih belum pandai berbasikal, inilah masa terbaik untuk ajar anak!

Berbasikal juga merupakan antara aktiviti cuti sekolah yang terbaik untuk ibu bapa yang inginkan ‘bonding time’ bersama anak-anak.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan koordinasi dan keseimbangan anak. Kedua-dua skil ini dapat membantu mereka dalam pelbagai aktiviti seperti bermain bola, menari dan sebagainya.

Nanti bila anak sudah pandai, bolehlah anda bawa anak ke taman untuk berbasikal sekali!

5. Tonton filem pada waktu malam

Aktiviti cuti sekolah

Menonton filem bersama keluarga pada waktu malam adalah satu cara yang baik untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Selain dapat meningkatkan kemesraan antara satu sama lain, menonton filem juga dapat membantu mendorong imaginasi dan kreativiti anak. Pilih filem yang sesuai untuk tontonan umum dan sarat dengan pelbagai nilai murni.

Bukan itu sahaja, cerita dalam filem juga dapat memperkayakan pemikiran anak dan membantu mereka melihat dunia dari perspektif yang berbeza.

Baca: Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Sekolah Ni? Ini 5 Tempat Makan Best Kat Seberang Prai, Pulau Pinang Untuk Korang Try.

ckt nk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.