Jilka sebelum ini, kecoh sekejap bila tiada lagi walk-in untuk mendapatkan suntikan dos penggalak dan orang ramai diminta untuk menunggu tarikh temu janji yang ditetapkan di aplikasi MySejahtera selepas beberapa pusat pemberian vaksin didapati di’serbu’ orang ramai dan tidak terkawal.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa semua aktiviti pemberian dos penggalak hanya dilakukan berdasarkan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Dalam masa yang sama, KKM mengumumkan akan membuka semula PPV Integrasi bagi meningkatkan kapasiti pemberian dos penggalak di Lembah Klang.
Empat PPV Integrasi dengan kapasiti lebih besar telah dikenalpasti dan akan mula beroperasi pada 15 Januari 2022. Empat PPV Integrasi tersebut adalah :
- PPV World Trade Centre, Kuala Lumpur
- PPV Axiata Arena, Bukit Jalil
- PPV IDCC, Shah Alam
- PPV Soka Gakkai, Klang
Kenyataan Media Kesihatan Kesihatan Malaysia
• Perkembangan Semasa Varian Baharu Omicron (B.1.1.529)
• Status Penangguhan Perjalanan Mengerjakan Umrah
• Pengukuhan Program Pemberian Dos Penggalak
• Laporan AEFI pic.twitter.com/L4dhbpqzYY
— KKMalaysia???❤️ (@KKMPutrajaya) January 6, 2022
Kalau perhatikan senarai tersebut, kesemua ini merupakan lokasi PPV sama seperti yang digunakan semasa pemberian vaksin dos pertama dan kedua dijalankan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Selain menunggu janji temu melalui SMS atau MySejahtera, orang awam juga boleh mendaftarkan diri dalam senarai menunggu dengan menghubungi PPV-GP yang disenaraikan di dalam laman sesawang ProtectHealth untuk mendaftar.
Sehingga hari ini, Malaysia sebanyak 97.7% daripada jumlah orang dewasa telah menerima suntikan vaksin penuh atau 78.5% daripada jumlah penduduk terhadap COVID-19. Menurut papan pemuka COVIDNow, terdapat kurang daripada 250,000 orang dewasa yang belum diberi vaksin iaitu 1.1% daripada jumlah populasi dewasa.
Baca : KJ Dedah 12 Jemaah Yang Baru Pulang Umrah, Positif Covid-19 Varian Omicron & Belum Divaksin