in

33 Tahun Terpisah Akibat Diculik, Lelaki Pulang Ke Pangkuan Ibu Lepas Lukis Peta Kampung Sendiri

4 4 E1643516508883

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang lelaki di China dipertemukan semula dengan ibu kandungnya selepas 33 tahun terpisah akibat diculik, hasil daripada peta yang dilukis berpandukan daya ingatannya sendiri.

Membesar di sebuah kawasan perkampungan di Yunnan, Li Jingwei dibawa lari oleh seorang jiran sejak umur 4 tahun. Dia kemudiannya diberi kepada sebuah sindiket pemerdagangan manusia dan dijual ke sebuah keluarga yang menetap lebih 1,700 kilometer dari tempat asalnya.


Rakaman video melihatkan Li berjumpa semula dengan ibunya selepas telah menyentuh hati orang ramai, di mana ibunya seakan tidak percaya bahawa satu hari nanti dia akan bertemu semula anaknya yang telah lama hilang.

Kejadian itu berlaku hanya selepas mereka berdua dilibatkan dengan ujian DNA sebagai pengesahan bahawa mereka mempunyai pertalian darah.

Begitu banyak tahun sudah berlalu, saya tidak tahu jika sesiapa dalam keluarga saya mencari saya sebelum ini. Saya cuma ingin bertemu semula dengan ibu bapa saya ketika mereka masih ada.” – Li

Walau bagaimanapun, Daily Mail melaporkan bahawa bapa kepada lelaki itu sudah meninggal dunia ketika pertemuan semula itu berlaku.

Lukisan peta jadi panduan polis

Li Jingwei, kini berusia 37 tahun, mengatakan bahawa dia tidak pernah melupakan kampungnya sejak diculik. Dia juga dikatakan melakar peta kawasan perkampungan itu sekurang-kurangnya sekali dalam satu hari supaya memori itu tidak terpadam.

Telemmglpict000281866346 Trans Nvbqzqnjv4Bqaivqavbjwkuv8Vzepamjbrkciv3505E63Jnjqf1Hma4

Lakaran tersebut mempunyai perincian yang sangat teliti, termasuklah gambaran rumah tertentu dan cara penduduk tempatan menggunakan baldi kayu besar untuk memasak nasi.

Hasil lukisan itu memudahkan kerja pihak polis untuk memadankan lukisan tersebut dengan sebuah kawasan berhampiran bandar barat daya Zhaotong di Wilayah Yunnan.

Meskipun kini Li sudah mempunyai keluarganya sendiri, lelaki itu menyatakan bahawa keluarga angkatnya telah mengajarnya berkenaan prinsip menjadi manusia mulia supaya dapat menjadi insan yang berguna kepada orang ramai.

Hingga kini, masih belum ada kepastian sama ada polis telah melakukan sebarang tangkapan berhubung kes ini.

Baca: [VIDEO] Sedih! 18 Tahun Hidup Bersama, Kucing Kesayangan Mati Lepas 5 Hari Terpisah Sebab Banjir

2 2

Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.