Tiga orang remaja yang berusia antara 14 dan 16 tahun telah ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk pejabat sebuah sekolah kebangsaan yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) di Jertih, dekat Besut, Kuala Terengganu semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, berkata ketiga-tiga remaja yang juga mangsa banjir dan berlindung di sekolah terbabit telah ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut.
Artikel berkaitan : “Sanggup asingkan barang” – Mangsa Banjir Di PPS Dakwa Tok Penghulu Catu Barang Bantuan Khairul Aming?
Artikel berkaitan : “Betapa baiknya orang kita” – Khairul Aming Dedah Sisi Positif Rakyat Malaysia, Ramai Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir
Katanya, kejadian itu mula disedari pihak pengurusan sekolah ketika ingin memasuki pejabat untuk bertugas sebelum mereka mendapat tahu yang wang tunai berjumlah RM 3,200 yang disimpan dalam peti itu hilang kira-kira jam 7.30 pagi.
“Tiga remaja yang juga mangsa banjir dan ditempatkan di PPS sekolah berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.”
Bahkan, polis turut menerima satu laporan kehilangan sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan, semalam.
Katanya, perkara itu berlaku apabila mangsa mula menyedari motornya yang ditinggalkan di tepi jalan itu hilang sebelum membuat laporan polis.
“Setakat ini kita menerima dua laporan mengenai kes jenayah sepanjang musim bencana banjir yang bermula sejak dua minggu lalu.”
Malah jelasnya, terdapat tiga pondok polis turut terjejas banjir iaitu Polis Pasir Raja di Hulu Dungun, Pondok Polis Felda Tenang di Besut dan Pondok Polis Tepoh di Kuala Nerus.
Sumber : Berita Harian