Pasti korang familiar dengan kisah-kisah dogeng yang seringkali menjadi buah mulut orang-orang tua terhadap nmakhluk-makhluk aneh ini.
Ia biasanya didatangkan dengan kisahnya tersendiri dan ia juga telah menjadi cerita rakyat, malah ada yang mendakwa bahawa makhluk-makhluk ini masih ada di dalam negara kita. Namun begitu, kesahihan kisah ini masih belum dikenalpasti lagi.
1. Bujang Senang
Pasti generasi-generasi 90 an kebawah familiar dengan kisah ini, kisah dari negeri Sarawak sehinggakan menarik perhatian rakyat dari negeri-negeri lain.
Umumnya, Sarawak memang terkenal dengan habitat buaya yang banyak, menerusi sumber, antara sungai yang terkenal adalah sungai Batang Lupar yang mengandungi pelbagai kisah dan rahsia.
Salah satunya adalah Bujang Senang, buaya gergasi yang mengganas suatu masa dulu. Dikatakan, habitat ini sebenarnya adalah sumpahan daripada seorang manusia.
Asal Bujang Senang ini dikatakan seorang pahlawan Iban yang bernama Simalungun. Dia sangat terkenal sebagai seorang pahlawan di zaman mengayau (potong kepala), musuh-musuhnya tidak mampu lawan sebab ada ilmu kebal.
Bagaimanapun, musuh dipercayai temui kelemahannya apabila dia dikatakan tidak boleh berlawan di sungai selepas isterinya tak sengaja membocorkan rahsia itu ketika diculik dan diseksa oleh musuh.
Isterinya dibunuh didepan matanya oleh musuh selepas dibebaskan dan Simalungun waktu itu begitu marah dan sahut cabaran musuh untuk berlawan di sungai, dia tewas dan mati, mayat mereka berdua dibiarkan di sungai. Namun selepas mati, pasangan ini disumpah menjadi buaya, akibat menyimpan dendam membara, bujang senang berjanji untuk bunuh semua keturunan musuh mereka.
Setelah bertahun-tahun buat oner, akhirnya pada tahun 1982, penduduk tempatan telah berjaya menangkap Bujang Senang. bagaimanapun, ramai anggap bahawa yang ditangkap itu bukan Bujang Senang, tetapi isterinya. Jadi, sehingga sekarang mereka percaya yang Bujang Senang asal itu masih ada sehingga kini.
2. Sang Kelembai
Sang Kelembai merupakan satu makhluk yang rupanya bengis dan hodoh, ia dipercayai ada kuasa sakti yang mampu menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu.
Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising dan dikatakan dia pernah menyumpah gajah menjadi batu.
Sumber menyatakan bahawa Sang Kelembai berada di Perak Tengah. Berdasarkan cerita orang-orang tua, Pekan Batu Gajah Perak adalah nama daripada sumpahan gajah oleh Sang Kelembai itu.
Sama juga dengan Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak yang mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kisahnya lebih kurang sama. Ada batu berbentuk gajah di situ kerana gajah yang banyak itu telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menyumpah gajah-gajah tersebut.
3. Naga Tasik Chini
Pasti korang teringat dengan filem klasik yang dilakonkan oleh Siput Sarawak, Latifah Omar, Mustapha Maarof dan Wahid Satay kan?
Kisah dimana 2 orang srikandi disumpah menjadi naga dan berlawan di tasik Chini, itu sebenarnya salah satu versi dan ada perubahan sikit.
Dalam versi lain, 2 ekor naga itu kisahnya daripada 2 orang lelaki yang bertapa dan ilmu yang diamalkan oleh mereka itu akan menukarkan mereka menjadi naga.
Mereka bertapa sehingga beratus tahun lamanya dan ia berakhir setelah sisik naga itu bertukar menjadi keemasan 2 ekor naga itu dinamakan sebagai Sri Pahang dan Sri Gumum.
Namun begitu, Sri Pahang keluar menentang Sri Kemboja kerana Sri Kemboja telah menggangu keamanan negeri Pahang. Pergelutan diantara mereka sehingga akhirnya Sri Kemboja hampir tertewas.
Sri Kemboja terpaksa menyelamatkan dirinya dengan bersembunyi dicelah-celah gua di dalam laut. Kaum asli jakun yang tinggal sekitar Tasik Chini, menyakini bahawa bentuk alur yang terdapat di tebing Tasik Chini ini merupakan tempat ular besar itu bertapa dengan panjang mencecah 200meter yang bermula dari tebing sungai, menganjur hingga ke kaki bukit berdekatan.
Ketika bertapa, seluruh badan ular tersebut tertimbus oleh tanah termasuklah kepalanya sekali. Cuma lubang hidungnya dipermukaan tanah.
Ia makan dengan cara menyedut haiwan-haiwan yang lalu berdekatan dengannya. Penduduk setempat mandakwa bahawa kadang-kadang mereka boleh dengar bunyi dengusan hidung ular itu.
Apabila cukup tempoh pertapaan, empat kakinya akan tumbuh dan ular tersebut bertukar menjadi naga. Bagaimanapun, kesahihan cerita ini masih lagi menjadi tanda tanya dan menurut kisah naga yang mendiami tasik ini telah pun mati sekian lama dahulu, menerusi iamlejen.com.
Baca : Lagenda Urban Las Pascualita, Mannequin Bergaun Pengantin Ini Sebenarnya Mayat Yang Diawet?