in

“Hampir 3.6 juta ada diabetes”- Ketahui Bagaimana Ekstrak Tumbuhan Ini Boleh Membantu

Khasiat Peria Katak

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati hampir 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis ataupun diabetes. Statistik menunjukkan 1 daripada 6 orang dewasa di Malaysia menghidap penyakit ini.

Apa yang membimbangkan ialah 84% daripada penghidap berumur 18-29 tahun tidak tahu mereka menghidap kencing manis.

Oleh itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pengambilan gula harian tidak boleh melebihi 7.5 sudu teh atau bersamaan 150 kalori, ini juga termasuk gula sedia ada dalam makanan dan minuman.

Pexels Yasser Hernandez 51320673 7687497

Selain itu, Malaysia merupakan negara ke-5 tertinggi dengan jumlah penghidap diabetes paling ramai di dunia. Jadi orang ramai perlu cakna tentang tanda-tanda awal diabetes seperti;

  1. Kerap penat dan letih
  2. Cepat haus atau lapar
  3. Suka makan dengan banyak
  4. Kerap kencing
  5. Kerap rasa kebas pada tapak tangan dan kaki
  6. Berat badan turun tanpa sebab yang jelas

Apa Itu Diabetes?

Penyakit kencing manis, yang juga dikenali sebagai diabetes, merupakan satu masalah kesihatan kronik yang merosakkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah, atau dikenali sebagai gula darah.

Sweet Life Bprziasa8Sm Unsplash

Keadaan ini berlaku kerana tubuh sama ada tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Tanpa pengurusan yang berterusan dan terkawal, ia boleh mengakibatkan peningkatan gula dalam darah.

Terdapat dua jenis utama diabetes:

Jenis 1 – Diabetes jenis 1 ialah keadaan di mana sistem imun anda memusnahkan sel-sel pembuat insulin (sel beta) dalam pankreas anda. Ini bermakna badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau apa-apa sama sekali

Diabetes jenis 1 boleh berkembang pada mana-mana umur, tetapi biasanya muncul sebelum umur 40 tahun, terutamanya pada zaman kanak-kanak. Sekitar 10% daripada semua diabetes adalah jenis 1 dan diabetes jenis 1 adalah genetik dan tidak terhad kepada umur. 

Jenis 2 – di mana pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel-sel badan tidak bertindak balas terhadap insulin, dalam erti kata lain, Diabetes jenis 2 adalah penyakit seumur hidup yang menghalang badan anda daripada menggunakan insulin dengan cara yang sepatutnya.

Diabetes Jenis 2 adalah bentuk diabetes yang paling biasa. Hampir 1 dalam 3 pesakit mempunyai keadaan yang dipanggil pradiabetes, bermakna gula darah mereka (atau glukosa darah) adalah tinggi tetapi belum cukup tinggi untuk menjadi diabetes.

Apa Berlaku Kalau Tak Dirawat?

155266045 M Normal None

Sebelum kita bincang lebih jauh tentang kesan tidak merawat kencing manis ini, adalah penting untuk menjaga paras gula dalam badan pada tahap yang sihat bagi mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain.

Menurut laporan, diabetes boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dalam tempoh jangka panjang seperti penyakit mata, kerosakan buah pinggang, kerosakan saraf, penyumbang kepada kejadian angin ahmar dan serangan sakit jantung. 

Kawalan gula darah yang lemah akan merosakkan saluran mikro buah pinggang dan menyebabkan separuh daripada pesakit yang menjalani dialisis adalah disebabkan oleh gula darah yang tinggi. Selain itu, ia juga menyebabkan luka kaki tidak dapat sembuh dan sering menyebabkan jangkitan kuman yang parah sehingga perlu diamputasi.

Rawatan Diabetes

Male And Female Walk In A Park

Menurut perkongsian Doctor On Call, rawatan untuk penyakit manis boleh dibahagikan kepada perubahan gaya hidup dan ubatan.

Perubahan gaya hidup merangkumi perubahan diet atau jenis makanan yang dimakan serta senaman untuk mengurangkan berat badan bagi golongan obesiti manakala rawatan ubatan pula berdasarkan jenis kencing manis yang dihadapi.

Ubat utama untuk diabetes jenis 1 ialah Insulin yang diberikan melalui suntikan dan ubat kedua ialah Pramlintide yang juga diberi melalui suntikan sebelum makan yang akan melambatkan pengosongan perut, turunkan tahap gula dalam darah dan kurangkan selera makan.

Cara Semulajadi Turunkan Kandungan Gula

Walaupun terdapat pelbagai ubat bagi menangani penyakit kencing secara komersil, pencarian ubatan berbentuk herba giat dijalankan seluruh dunia.

Sebagai contoh, Momordica charantia atau peria antara tumbuhan herba yang sering digunakan di beberapa negara tropika seperti Brazil, Cuba, Ghana, New Zealand, Malaysia dan banyak lagi.

Peria Boleh Rawat Diabetes

Sebagai contoh, satu kajian saintifik terhadap Peria dan kesan penggunaan ekstraknya mendapati, ekstrak peria boleh mengurangkan kandungan gula darah.

Produk Diuji Secara Klinikal

Menggunakan kaedah yang sama, kapsul Bio Wellz Bitter Melon Extract juga mempunyai manfaat yang sama. Ujian klinikal mendapati ianya boleh membantu mengurangkan gula darah pesakit kencing manis.

Biowellz

Mengandungi insulin tumbuhan semulajadi, Bitter Melon Extract ini adalah 100% asli dan organik. Ia diperbuat dengan bahan aktif yang diekstrak daripada peria yang dipanggil Momordica Charantia.

Berdasarkan kajian di Fakulti Perubatan Universiti Malaya, didapati bahawa Momordica Charantia berpotensi untuk membantu mengurangkan gula darah tikus sarat glukosa dan kesannya setanding dengan glibenclamide.

Ia mengandungi fungsi seperti :

  1. Mengaktifkan dan membaiki sel B Pankreas untuk merembeskan insulin endogen.
  2. Insulin tumbuhan semulajadi meningkatkan sensitiviti insulin sel sasaran dan membalikkan rintangan insulin.
  3. Charantin menggalakkan metabolisme laktat, meningkatkan reseptor membran eritrosit, dan meningkatkan kapasiti pengangkutan insulin untuk mencapai kesan hipoglisemik.

Dalam erti kata lain; insulin tumbuhan semulajadi dalam kapsul Bio Wellz Bitter Melon Extract ini boleh membantu sel-sel badan menjadi lebih baik dalam menggunakan insulin, dan mengawal gula darah tinggi dalam badan.

Kalau tengok review pengguna di Shopee dan Lazada berkenaan produk ni, memang rata-rata memuji keberkesanannya. Paling penting, ia mendapat kelulusan MAL.

Unnamed 38 Unnamed 37

Jadi, penggunaan kapsul ni boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah dengan memudahkan sel menyerap gula. Orang dalam peringkat pra-diabetes (IGT), atau juga dikenali sebagai peringkat Impaired Glucose Tolerance (apabila paras gula dalam darah turun naik antara tinggi dan normal) juga boleh mengguna kapsul ini untuk menurunkan kandungan gula dalam darah. 

Jika tiada rawatan atau tidak menggunakan ubat-ubatan, IGT akan berkembang menjadi diabetes tahap 2. Oleh itu, khasiat unik kapsul Bio Wellz Bitter Melon Extract adalah
pengambilan kapsul digabungkan dengan kawalan diet, pengurusan berat badan dan senaman yang kerap akan membantu mengekalkan gula darah ideal.

Unnamed 57


Bio Wellz Bitter Melon Extract boleh didapati di Shopee, untuk maklumat lebih lanjut, boleh juga ikuti laman sosial Bio Wellz Enterprise di Facebook ataupun Instagram.

Sumber: Bio Wellz
Sumber: Bio Wellz
Sumber: Bio Wellz