in

3 Budak Di Thailand Nyaris Diculik, Kantoikan Niat Penjenayah Lepas Salah Teka Nama Ibu Bapa

Culik Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berjaya menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa penculikan selepas mereka berjaya menghidu niat tidak baik dua individu yang kononnya menjadi wakil ibu bapa mereka untuk menjemput mereka pulang dari sekolah.

Llsuvsvs.cars Header
Gambar hiasan

Sumber melaporkan, insiden terbabit berlaku usai waktu persekolahan sekitar jam 4.30 petang di Wat Thamma Phadet School. Tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia lapan tahun itu sedang bermain di taman permainan sekolah sebelum mereka dihampiri dua individu yang menaiki kenderaan jenis SUV berwarna hitam.


Salah seorang daripada individu tersebut, seorang wanita berambut panjang kemudiannya memberitahu ketiga-tiga mangsa bahawa ibu bapa mereka tidak dapat hadir dan dia bersama rakannya telah diamanahkan untuk menjemput mereka pulang ke rumah.

ดีไซน์ที่ไม่มีชื่อ 57 1 768X512 1

Tiga kanak-kanak itu bagaimanapun, mula mengesyaki ada yang tidak kena lalu menyoal sama ada kedua individu tak dikenali terbabit boleh memberitahu mereka apa nama ibu bapa mereka.

Kedua-dua suspek bagaimanapun, gagal meneka nama ibu bapa mangsa menyebabkan mangsa segera melarikan diri.

Walau bagaimanapun, dua daripada mangsa dicekup suspek namun mereka berjaya meloloskan diri selepas mengigit tangan suspek.

Menurut Panya Aiyakarom, superitenden polis di Ka Pang Police Station berkata, kejadian penculikan seumpama itu bukanlah kali pertama dilaporkan.

Difahamkan, dua suspek yang telah melarikan diri itu kini sedang giat diburu.

Sumber: Thaiger

Baca: “Tak trauma ke budak tu?” – [VIDEO] Tadika Ajar Kanak-kanak Cara Untuk Elak Penculik Buat Netizen Berbalah

Culik Kanak Kanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.