in

2 Polis Bukit Aman Didakwa Terima Rasuah RM1.25 Juta Untuk Tutup Kes Beli Senjata Api Warga Israel

Ft Polis Itangkap Kes Israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua orang pegawai kanan polis yang berpangkat Asisten Komisioner dan Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM1.25 juta untuk menutup kes jenayah ahli perniagaan berkaitan pembelian senjata api oleh warga Israel.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Chin Khiam Kong, 54, dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK Bukit Aman, Deputi Superintendan Suhairon Abdullah, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azura Alwi.


Artikel berkaitan : AFC Sokong Palestin, Mahu FIFA Gantung Israel 

Artikel berkaitan : Iran Beri Amaran Akan Buat Serangan Lebih Dahsyat Terhadap Israel Kalau US Masuk Campur

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, terdapat 3 pegawai yang berpangkat Asisten Komisioner, Deputi Superintendan dan Inspektor dari JSJK Bukit Aman, ditahan di sekitar Jalan Tun Razak di sini, bagi membantu siasatan kes pemerasan RM1.25 juta.

Screenshot 2024 05 28 153817

Dalam pada itu, dua lagi anggota berpangkat Inspektor dan Sarjan turut ditahan dan penahanan terhadap kelima-lima individu terbabit membuatkan pihak polis memberkas seorang lagi Lans Koperal yang berkhidmat di jabatan sama.

Jelasnya lagi, siasatan kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, mengikut Seksyen 384 Kanan Keseksaan.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.