in

2 Penerbangan Jemaah Haji Ditunda Atas Faktor Keselamatan

ft jemaah haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa penerbangan balik jemaah haji Malaysia akan dijadualkan semula atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.

Menurut Tabung Haji dalam satu kenyataannya hari ini, penerbangan yang dijadualkan semua adalah KT043 (MH8301) yang sepatutnya berlepas dari Madinah hari ini pada jam 5.10 pagi dan juga penerbangan KT034 (MH8291) yang juga sepatutnya berlepas hari ini dari Jeddah pada jam 6.40 pagi.


Artikel berkaitan : Kes Jemaah Haji Dipaksa Redah Laluan Bahaya Ke Makkah, Polis Terima 3 Laporan Berkaitan Kes Penipuan Pakej Haji

Artikel berkaitan : Jemaah Haji Dari Togo, Afrika Barat Melahirkan Bayi Ketika Di Padang Arafah

“Kedua-dua penerbangan carter haji di atas telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal. Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik.”

511153935 1637296321769363 7549833251460822808 n

Jelasnya lagi, kesemua jemaah yang terlibat dalam penjadualan semula ini telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka.

“Setakat ini sebanyak 39 penerbangan carter haji telah tiba di tanah air dengan baki 61 penerbangan lagi.”

Sebarang perkembangan lanjut termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.