in

“2 nama ni memang aku tak panggil” – Ini Respon Shuib Bila Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Sebagai Tetamu Undangan Podcast

Ft Shuib Vs Rahim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu sekali lagi menjadi tumpuan netizen berikutan dengan satu kenyataan menerusi satu sesi live.

Dalam sesi live tersebut, Shuib ada bertanyakan kepada netizen mengenai cadangan nama-nama individu yang boleh dijadikan tetamu undangan dalam sesi podcastnya yang akan datang.


Artikel berkaitan : “Banyak ditokok tambah” – Jep Sepahtu Geram Sebuah Podcast Sering Tunggang Namanya Untuk Konten

Artikel berkaitan : “Waktu susah kau cari, waktu senang tinggalkan aku” – Mamat Sepah Sindir Siapa?

Ramai yang memberi cadangan nama-nama yang terkenal, antaranya Ina Naim, Khir Rahman, Rosyam Noor termasuklah penyanyi Ernie Zakri. Shuib ada menjelaskan jasa Ernie Zakri kepadanya saat arwah Siti Sarah Raisuddin masih hidup.

Jelasnya, Ernie pernah ke rumahnya untuk mengajar arwah Siti Sarah vokal sebelum buat comeback menerusi program Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, situasi dilihat menjadi hangat apabila ada netizen memetik nama pelawak Rahim Sepahtu dan Shuib serta merta memberikan respon bahawa dia sama sekali tidak akan memanggilnya.

“Tak, tak memang takkan panggil. Terus terang je aku cakap. Ada 2 nama ni memang aku xkan panggil. Insyaallah”

Harap tiada lah persengkataan antara mereka, dan isu tidak perlu dipanjangkan lagi.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.