in

19 Kanak-kanak Terkorban Lepas Pelajar Bakar Asrama Sebab Sakit Hati Handphone Dirampas

ft asrama terbakar sebab pelajar bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

19 kanak-kanak maut dalam satu kekabaran di sebuah asrama Georgetown, Guyana, Amerika Selatan dipercayai berpunca daripada rasa marah seorang pelajar kerana telefon bimbitnya dirampas.

“Seorang pelajar perempuan disyaki menyebabkan kebakaran berlaku apabila telefon bimbitnya dirampas oleh ibu pengasuh dan seorang guru asrama,” kata polis dalam satu kenyataan.


Menurut Astro Awani, Datuk Bandar Mahdia, David Adams mengesahkan pelajar perempuan itu tidak mengalami kecederaan di dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada pelajar itu ditahan dan kenyataan polis tidak menyebut mengenai sebarang penangkapan.

Sementara itu, beberapa pelajar memberitahu penyiasat bahawa mereka terjaga apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.

Ahli patologi kerajaan yang melakukan bedah siasat post-mortem ke atas 6 mayat telah menyenaraikan sebab kematian mereka sebagai keracunan asap dan luka terbakar.

Screenshot 2023 05 24 181747

Selain itu, 13 mayat telah dipindahkan ke ibu negara Georgetown untuk pengesanan DNA dan hampir 30 kanak-kanak lain dirawat di hospital.

Menteri Pendidikan, Priya Manickchand sebelum ini enggan membincangkan penglibatan pelajar tersebut.

Screenshot 2023 05 24 182105

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa asrama itu tidak dilengkapi dengan sistem amaran kebakaran moden dan pelajar tidak dilatih dalam latihan kebakaran, Manickchand berkata bahawa kejadian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Presiden Irfaan Ali turut bertemu beberapa ibu bapa kanak-kanak mangsa selepas melawat hospital Mahdia dan mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung kebangsaan.

Baca : [VIDEO] Peniaga Menangis Kena Gelak Ditimpa Musibah Gerai Terbakar, Terpaksa Padam Sendiri Guna Air Longkang

ft peniaga bazar menangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.