in

“15 bot ulang alik”- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Dibawa Keluar

Untitled Design 2022 02 28T132901.080

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, pulau tersebut terletak di Terengganu dan hampir setiap tahun ramai pelancong dari dalam dan luar negara bercuti di situ.

Baru-baru ini, hampir kesemua negeri di Pantai Timur, semenanjung Malaysia mengalami cuaca yang agak buruk. Hujan lebat hampir setiap hari dan ombak di pantai-pantai peranginan juga dikatakan agak tinggi.


Difahamkan, bulan Oktober sehingga Mac setiap tahun merupakan musim monsoon dan biasanya pulau-pulau peranginan di pantai timur tidak dibuka untuk pelancong.

Baru-baru ini, viral beberapa video menunjukkan keadaan di Pulau Perhentian berada dalam keadaan bahaya dan kelihatan dalam video-video tersebut ombak kuat serta angin yang kencang, difahamkan juga bekalan makanan di pulau tersebut semakin berkurang apabila tiada bot dibenarkan berlabuh mahupun keluar daripada pulau terbabit untuk menjaga keselamatan.

https://twitter.com/TNArent/status/1497782850107867138?s=20&t=9RvPYTEmhCAKalTbJoVwFQ

Menurut laporan BERNAMA, terdapat hampir 400 orang pelancong dikatakan terkandas di pulau peranginan tersebut sejak hari Jumaat minggu lepas.

Terkini, kesemua 385 pelancong itu telah mula diselamatkan sejak 7.30 pagi tadi dan menurut Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong.

“Keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut, kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini,” katanya dalam laporan yang sama.

Baca: “Air paras dada tu!” –  [VIDEO] Ramai Terhibur Lelaki Jadi ‘Wartawan Live’ Lapor Banjir Di Terengganu

Untitled Design 2022 02 28T130919.637

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.