in

12 Selebriti Sudah Ada Ramai Anak Tetapi Badan Tetap ‘Maintain Slim’

Girls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memiliki tubuh badan yang kurus dan menawan adalah impian bagi setiap wanita yang sudah berkahwin dan memiliki anak yang ramai. Wanita mana yang tak mahu kelihatan cantik kan? Kalau sudah ada banyak spare tyre dan gelebeh sana sini, ada saja lah nanti tu mulut ‘makcik bawang’ duk mengata kan?

Namun, selebriti-selebriti ini telah membuktikan usia yang meningkat serta mempunyai anak yang ramai tidak menjadi penghalang untuk terus kelihatan jelita dan berbadan langsing. Berikut kami senaraikan 12 selebriti yang sudah ada anak ramai tetapi badan mereka tetap ‘maintain slim’ macam anak dara: 


*Ini adalah pilihan peribadi admin Lobak Merah

 

1. Dian Sastrowardoyo 

Dian
sumber: instagram

Siapa tak kenal dengan pelakon hebat di Indonesia ini? Lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta bersama Nicholas Saputra sangat diminati peminatnya di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang sedar Dian sebenarnya sudahpun bernikah dengan Maulana Inderguna Sutuwo pada tahun 2010. Sungguhpun sudah mempunyai dua orang anak, Dian masih kelihatan langsing dan gemar melakukan aktiviti sukan untuk mencergaskan badan.

Dian 1
sumber: instagram
Dian 3 1
sumber: instagram

 

2. Nia Ramadhani

Nia 1
sumber: instagram

Masih ingat akan sinetron Bawang Putih Bawang Merah? Nia memegang watak Siska yang sememangnya jahat namun masih diminati ramai kerana berwajah cantik. Walau bagaimanapun, Nia yang sudah bernikah dengan Ardiansyah Bakrie pada usia semuda 20 tahun telah mempunyai tiga orang cahaya mata yang comel.

Namun, tiada apa yang berubah terhadap penampilannya kerana Nia masih kelihatan langsing dan cantik seperti dulu. Dia dikatakan menjaga pemakanan seharian demi kekal sihat dan terus awet muda.

Nia 3
sumber: instagram
Nia 4
sumber: instagram

 

3. Siti Sarah

Sarah 1
sumber: instagram

Penyanyi kecil molek yang bernikah dengan Shuib Sepahtu ini kembali membuat kemunculan semula dalam rancangan Gegar Vaganza tidak lama dulu selepas 16 tahun menyepikan diri. Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada tiga orang anak, Siti Sarah makin bertambah cantik setelah bijak mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Untung Shuib dapat isteri yang cantik macam Sarah! 

Sarah 3
sumber: instagram
Sarah 1 1
sumber: instagram

 

4. Ziana Zain

Ziana 1
sumber: instagram

Walaupun sudah berusia 50 tahun, anda takkan percaya apabila melihat kelincahan dan bentuk tubuh diva pop Malaysia ini yang masih slim! Menamatkan zaman solonya pada 9 Mei 1998, Ziana memiliki empat orang anak termasuk sepasang kembar lelaki dan perempuan. Petua kurus Ziana mudah saja. Dia mengamalkan minuman jus hijau seperti timun atau epal hijau pada awal pagi. Cubalah amalkan kalau nak tubuh meletup bak Ziana Zain! 

Ziana 4
sumber: instagram
Ziana 2 1
sumber: instagram

 

5. Fasha Sandha

Fasha 2 1
sumber: instagram

Ibu kepada dua cahaya mata bernama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma ini juga cantik orangnya. Mungkin dulu Fasha kelihatan sedikit berisi selepas melahirkan Jemyma, namun pelakon yang terkenal dengan drama Syurga Yang Kedua ini sudah semakin menawan bentuk tubuhnya.

Bagi Fasha, kecantikan seseorang itu datang daripada kecantikan dalaman. Jika dalaman seseorang positif dan terhindar daripada niat buruk, maka cantiklah juga luarannya. Betul juga tu kan?

Fasha 1 1
sumber: instagram
Fasha 3
sumber: instagram

 

6. Rita Rudaini

Rita Sebagai Zai
sumber: blog

Meskipun sering dihimpit kontroversi, ibu tunggal kepada dua anak ini tetap kelihatan menawan. Berusia 42 tahun, Rita kini sudah jarang muncul di layar perak selepas terkenal dengan filem Mami Jarum dan lebih banyak menerima tawaran lakonan drama TV. Demi mengekalkan keremajaannya, Rita mengelak makanan yang sejuk seperti timun. Baginya, pantang ini penting buat mereka yang sudah beranak sepertinya.

Rita 1
sumber: instagram
Rita 3
sumber: nst

 

7. Catriona Ross

Cats11
sumber: blog

Sudah lama tak dengar nama Catriona Ross ini di mana-mana. Semenjak mendirikan rumah tangga dan memiliki tiga orang cahaya mata, Catriona seakan tenggelam daripada dunia seni. Tambahan pula pada ketika itu, berat badan Catriona dikatakan meningkat sehingga mencapai saiz XL.

Namun kemunculan semula pelakon berwajah Pan Asian ini pada tahun lalu telah membuka mata banyak pihak selepas dia kelihatan langsing dan muda seperti zaman anak dara dulu!

Cat 1
sumber: instagram
Cat 2
sumber: instagram

 

8. Sari Yanti

Sari 4
sumber: instagram

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu pada tahun lalu, ramai yang tidak percaya pelakon kecil molek ini sudahpun mempunyai dua orang anak. Kalau anda lihat lakonannya dalam drama bersiri Kisah Kaisara, gerenti anda ingat dia masih di bangku sekolah lagi.

Rahsia untuk kekal langsing Sari Yanti mudah saja. Dia gemar makan buah-buahan untuk memudahkan kelancaran ke tandas.

Sari 1
sumber: instagram
Sari
sumber: instagram

 

9. Rozita Che Wan

Che Ta 1
sumber: instagram

Meskipun Che Ta sudah berusia 45 tahun dan mempunyai tiga orang anak termasuk si comel, Aaisyah Dhia Rana, kejelitaan dan bentuk tubuhnya yang langsing masih menjadi idaman ramai wanita. Bagi Rozita, dia tidak mengamalkan apa-apa tips spesifik cuma bijak mengawal pemakanan seharian. Kalau dah naik badan, cepat-cepat pelakon ini jaga kuantiti makanan yang diambil.

Che Ta 3
sumber: instagram
Che Ta 4
sumber: instagram

 

10. Rosma 

Rosma 1
sumber: instagram

Pernah menjadi perbualan hangat peminat industri seni seketika semasa rancangan Akademi Fantasia (AF) muncul di kaca televisyen, Rosma sering dikritik kerana bentuk tubuhnya yang agak gempal. Namun selepas mendirikan rumah tangga dengan Khai, peminatnya bagaikan tidak percaya melihat perubahan Rosma jauh lebih jelita dari zaman AF dulu.

Rosma 2
sumber: instagram
Rosma
sumber: instagram

 

11. Amy Mastura

Amy 4
sumber: instagram

Telatah penyanyi dan pelakon berusia 46 tahun ini sangat mencuit hati bagi mereka yang meminatinya. Bagaikan tak makan dek usia, Amy Mastura masih kelihatan jelita bak anak gadis berusia 20-an. Amy hanya mengamalkan diet pemakanan yang tidak membebankan seperti mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tapi dalam tempoh banyak kali.

Amy 2
sumber: instagram
Amy 3
sumber: instagram

 

12. Vanida Imran

Vee 2
sumber: instagram

Bekas isteri kepada pelakon Rashidi Ishak ini masih lagi anggun meskipun usia sudah menginjak 45 tahun dan mempunyai dua orang anak. Vanida tidak gemarkan suntikan anti penuaan atau apa-apa yang berkaitan kimia, namun lebih suka bersenam di gym dan mengambil air yang mencukupi untuk kekal sihat dan langsing.

Vee 1
sumber: instagram

Ada ciri-ciri menarik macam selebriti meletops kat atas tu? Well min rasa korang boleh join Miss Virtual Malaysia 2019 yang akan diadakan tak lama lagi ni!

Cara nak masuk Miss Virtual Malaysia 2019 ni mudah saja. Korang hanya perlu register online dengan sekeping gambar dan video profile korang untuk join pertandingan ini. Lebih menarik lagi, korang boleh memenangi hadiah bernilai RM70,000 dan juga berpeluang memiliki HUAWEI P30 kalau korang suggest kawan lain untuk join pertandingan ni! Wow!

Dengan slogan “It Is Your Moment to Shine”, Miss Virtual Malaysia adalah satu pertandingan yang membentuk bakat, personaliti dan karekter seorang peserta. Ia juga satu platform bagi wanita di luar sana untuk berkembang dan sukses dalam hidup.

Klik link ini untuk daftar: https://bit.ly/2YyA98D

 

Baca: 10 Perkahwinan Glamour Selebriti Sepanjang Tahun 2017

Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.