in

10 Tahun Dipenjarakan Di India, Bekas Banduan Kongsi Sisi Gelap Sepanjang Berada Di Sana

ft banduan india

Seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan di sebuah penjara di India selama 10 tahun menceritakan sisi gelap sepanjang tempoh dia menjalani hukuman di sana.

Dia yang disabitkan bersalah kerana menyeludup dadah menyatakan tempat dia dipenjarakan itu adalah penjara terbesar di Asia Selatan.

Artikel berkaitan : Tular Kos Makan Minum Banduan Dikatakan Lebih Mahal Dari RMT, Jabatan Penjara Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : Penjara di Brazil Guna Angsa Untuk Kawal Banduan

Pada mulanya dia menyatakan keadaan penjara Tihar Central Jail itu mempunyai 10 penjara dalam satu kompaun.

“Biar betul aku dekat prison, ada garden, ada pond, aku duduk prison ke aku duduk hostel. Satu tempat tu, boleh muat dalam 50 ke 100 orang, dah macam sardin dah. Jadi pada malam pertama, saya memang tak boleh tidur.”

Jelasnya lagi, pihak penjara akan membuka sel penjara dari pukul 5 pagi sehingga jam 7 petang kepada semua banduannya. Dari situ bermulalah pendedahan sisi gelap yang berlaku di penjara itu, perkara ini diperjelas ketika Shuk Sahar yang merupakan salah satu hos untuk podcast Ok Lets Go dari Singapura ini bertanyakan apa aktiviti mereka sepanjang tempoh sel dibuka.

Screenshot 2024 05 31 164646

“Apa yang kau nak? Kau nak stem, kau nak cocaine, ada heroin, ada ganja, ada ais. Kau nak minum ada, kau nak perempuan pun ada. Apa kau nak? Kau cakap aja. It’s all about the money. Pasal dalam penjara ni it’s all about the thing that you run (benda yang kau jual).”

@okletsgo.sg

Wan (Narkesh) bekas penyeludup narkoba, dipenjarakan di India selama 10 tahun. Beliau kembali ke OKLETSGO untuk berkongsi kisahnya. PODCAST DAN VIDEO PENUH DI SPOTIFY DAN YOUTUBE ➡️ OKLETSGO #okletsgo #okletsgosg #fyp #fypsg #podcast #gempakviral #fypシ #dynnorahim #rajarazie #shuksahar #dzarismail #viralmalaysia?? #fypmy #radio #astromalaysia #astrogempak #malayalamcomedy #beritaterkini

♬ original sound – OKLETSGO – OKLETSGO

Dia juga ada menceritakan bahawa terdapat peraturan tertentu jika ingin seludup ‘barang’ ke dalam penjara.  Dia perlu melalui beberapa proses kerana jika ada yang menjual dengan harga yang tidak masuk akal, penjual itu akan dibunuh. Kongsinya lagi, dia sendiri pernah melihat insiden banduan dibunuh di hadapan matanya sendiri.

“Budak tu kena bunuh depan aku, tengah berbual ni dengan dia, ada orang ni datang dari belakang, cekik dia, cucuk satu dekat dada dan terus tarik, terburai, dada satu, belakang tengkuk satu, pinggang satu.”

Screenshot 2024 05 31 164627

Jelasnya, mana-mana banduan yang menyaksikannya perlu menutup mulut jika kes tersebut masuk ke mahkamah. Jika ada saksi yang cuba menceritakan hal tersebut, saksi tersebut bakal menerima nasib yang sama apabila pulang ke penjara.

Screenshot 2024 05 31 164845

Namun begitu, dalam temuramah penuh podcast ini, bekas banduan yang dinamakan sebagai Wan ini turut menceritakan detik-detik keinsafan dan penghijrahannya menjadi seorang yang lebih baik.

Boleh tengok video penuh di sini.

Sumber : TikTok