Gaya pemakaian boleh menyerlahkan kecantikan dan keyakinan dalam diri setiap perempuan. Sudah pasti, mereka yang pandai berfesyen menjadi inspirasi ramai terutamanya pengikut di laman sosial. Bagi anda yang inginkan inspirasi fesyen, kami kongsikan 10 Gadis Stailista Popular di Instagram Anda Perlu Follow!
1. Narisa Soraya
Berusia 25 tahun, Narisa menjadi antara model rebutan banyak produksi dan jenama-jenama terkenal seperti Modvier, Safi, Jakel dan Fashionvalet. Mempunyai senyuman yang manis dan jawline yang menyerlah, Instagram Narisa dipenuhi dengan aktiviti hariannya seperti berkunjung ke kafe serta kerjayanya sebagai seorang model. Narisa juga pernah ditemu bual oleh majalah popular Glam Malaysia!
Instagram: narisasoraya
2. Fiqa Zul
Gadis bermuka runcing ini dikenali dengan muka arabic dan gaya tudungnya yang simple serta tidak menggunakan pin. Sering mengenakan blaus dan cardigan panjang sehingga paras lutut, gaya pemakaian Fiqa kini semakin menjadi ikutan ramai gadis di luar sana.
Instagram: fiqazul
3. Rafidah
Rafidah dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan sikap positif, yakin dan sering memberikan kata-kata semangat serta motivasi kepada mereka. Meskipun kerjanya menuntut Rafidah untuk sentiasa memakai solekan, namun gadis ini tidak takut untuk tampil di khalayak ramai dengan naked face. Gaya pemakaian Rafidah juga stylo kerana tidak semua berani memberi kelainan dalam fesyen sepertinya.
Instagram: rafidaaaaaaaah
4. Putri Shameen
Selain Instagram, bakal doktor gigi ini turut mempunyai akaun Youtube untuk beliau kongsikan tips solekan, gaya tudung dan vlog pengembaraannya. Mempunyai lebih 60ribu subscribers, setiap video baru yang dimuat naik oleh gadis berusia 22 tahun ini pasti dinantikan oleh pengikutnya.
Instagram: putreeo | Youtube: putreeo
5. Qistina Shah
Dengan muka dan senyumannya yang ayu, Qistina menjadi idola dan inspirasi ramai gadis serta remaja dalam kalangan pengikutnya. Meskipun tidak terlalu aktif kongsikan kehidupan sehariannnya di Instagram, namun setiap kali video atau gambar dimuat naik ia pasti mendapat banyak pujian dan like dari pengikut setianya.
Instagram: sqistinashah
[sociallocker id=1666]
6. Sharifah Rose Sabrina
Instagram Sharifah turut dipenuhi dengan gambar kehidupan sehariannya yang bekerja sebagai seorang model. Setiap hasil solekan jurumekap profesional di wajah gadis ini pasti tidak pernah gagal untuk lebih menyerlahkan kemanisan wajah dan senyumannya.
Instagram: sharifahrose_
7. Farhanah Firdaus
Farhanah juga popular di Youtube dengan review alat solekan atau set penjagaan wajah, video tutorial tudung, vlog pengembaraan serta kehidupan sehariannya. Benefit Cosmetics, Clinique, Lancome, Sephora, Urban Decay, SK-II, Poplook FashionValet, Acuvue & Glo Laser adalah jenama besar yang kini sedang menggunakan khidmat Farhanah sebagai model/jurucakap.
Instagram: faafirds | Youtube: Faa Firds
[/sociallocker]
8. Nisha Ezzati
Telatah Nisha yang sempoi serta gaya percakapannya yang tidak kekok ketika merakamkan video sering mencuit hati pengikutnya di Instagram dan Youtube. Nisha juga dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan gelaran ‘samprit’ dan juga sering merakamkan video bersama rakan baiknya yang juga berada di dalam senarai ini, Farhanah Firdaus.
Instagram: nishxnish | Youtube: Nisha Ezzati
9. Att Yusof
Gadis ini bukan sahaja pandai bersolek malah turut memegang jawatan penting di dalam portal fesyen terkenal, FashionValet. Kerjayanya sebagai Eksekutif Pemasaran The Duck Group memerlukannya untuk sentiasa tampil cantik dan setiap gaya yang dikenakan gadis kecil molek ini pasti tampak elegan.
Instagram: attyusof
10. Khainina Khalil
Gambar di Instagram Khainina kebanyakkannya adalah review produk yang diterimanya. Gaya pemakaiannya boleh dikatakan simple, namun gadis berbadan ramping ini tetap tampil menawan dengan setiap fesyen yang dikenakan.
Instagram: khaininakhalil