in

“1 dipenjara seumur hidup” – 13 Rakan Dihukum Bersalah, Ini Kronologi Penuh Kes Pembunuhan Pelajar Kolej Vokasional

kes pembunuhan pelajar kolej vokasional

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu manakala 12 tertuduh yang lain dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah selepas kesemua mereka didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.

Pelajar yang dihukum penjara seumur hidup itu, yang kini berusia 20 tahun turut dikenakan 12 kali sebatan dan yang lain hanya hukuman penjara kerana masih di bawah umur.


budakmaut 1711121056

Kronologi kes pembunuhan pelajar kolej vokasional

Segalanya berpunca daripada isu kehilangan wang dua pelajar, masing-masing berjumlah RM50 dan RM35.

Kehilangan wang berjumlah RM85 itu membawa kepada kematian Nazmie Aizzat atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ijat’ apabila mangsa dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham.

Artikel berkaitan: Lepas Zara, Keluarga Wan Ahmad Faris Pula Tuntut Keadilan, Ini Kronologi Penuh Perjuangan Mereka

Pada 22 Mac 2024, Ijat ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas lantai bilik asrama 7 Resak oleh warden yang bertugas pada jam 6.50 pagi. Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sempat diberikan kepada mangsa.

pelajar maut dibelasah

Pemeriksaan awal daripada pasukan perubatan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa. Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Susulan laporan itu, pihak berkuasa menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun kerana disyaki memukul mangsa sehingga mati. Paling menyedihkan, kes ini berlaku ketika bulan Ramadan.

Prosiding di mahkamah bermula

Pada 2 April 2024, 13 remaja berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu atas pertuduhan membunuh. Mereka didakwa secara bersama membunuh Ijat di bilik asrama pada 9 malam, 21 Mac hingga 7.39 pagi, 22 Mac.

Tiga bulan kemudian, prosiding kes dijalankan secara tertutup kerana kes ini melibatkan pesalah bawah umur. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Pada 13 Ogos, semua 13 tertuduh didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun mereka mengaku tidak bersalah dan mahkamah tetapkan 10 hari perbicaraan. Seramai 25 saksi dipanggil untuk perbicaraan kes ini.

81733392385 kesbunuhpelajarv

Artikel berkaitan: “Punca segala kejadian” – Netizen ‘Throwback’ Kes Zulfarhan, Pencuri Sebenar ‘Laptop’ Kekal Misteri

107 kecederaan ditemui pada tubuh Ijat

Menurut Pakar Patologi Forensik, Dr Dzureen Abdul Mutalib, punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan dada dan tisu lembut akibat trauma tumpul. Sebanyak 107 kesan kecederaan pada hampir keseluruhan tubuh Ijat.

Dr Dzureena memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat kecederaan yang menunjukkan tindakan mangsa untuk mempertahankan diri.

Ulasnya, trauma tumpul itu merujuk kepada kecederaan akibat terjatuh di atas permukaan yang keras, perbuatan menendang dan menumbuk serta impak pukulan benda tumpul atau gabungan kesemuanya.

Ibu kepada Allahyarham Ijat, Siti Hamidah Jumari menangis ketika diminta membuat pengecaman gambar arwah anaknya. Beliau hanya dapat membuat pengecaman pada sekeping gambar kerana sukar mengawal perasaan sedih.

IMG 20240322 WA0250

Hakim terima laporan saksi diugut waris tertuduh

Dalam perbicaraan yang sedang dijalankan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol sempat memberi amaran kepada keluarga 13 pelajar tertuduh supaya tidak mengganggu atau mengugut saksi.

Hal ini berikutan pihak hakim ada menerima laporan daripada saksi bahawa mereka diugut dan menegaskan perbuatan itu suatu kesalahan serius.

Menerusi keterangan saksi, mereka dakwa ada melihat mangsa dipukul oleh empat tertuduh, kira-kira 9 malam pada 21 Mac, namun tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana tidak mahu terbabit dan takut dipukul.

Hakim putuskan 13 tertuduh bertindak dengan niat bersama menyebabkan kematian mangsa

Pada 28 Februari 2025, Mahkamah perintah 13 tertuduh bela diri. Hakim Datuk Duncan Sikodol memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap semua 13 remaja.

Duncan berkata, berdasarkan penilaian keseluruhan bukti, mahkamah berpuas hati bahawa 13 tertuduh bertindak secara bersama dengan niat bersama hingga menyebabkan kematian mangsa.

Katanya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Ujar beliau, pembelaan tertuduh sama ada berupa penafian total, alibi, pengakuan separa atau menuding kepada pelajar lain didapati bercanggah dengan bukti saksi bebas serta tidak munasabah.

“Hujahan pembelaan bahawa tertuduh hanya mahu memberi pengajaran (teach a lesson) kepada mangsa adalah tidak berasas kerana kecederaan yang dialami terbukti cukup parah dan secara semula jadi membawa maut.

“Isunya bukan sama ada tertuduh berniat untuk membunuh, sebaliknya sama ada kecederaan yang disengajakan itu sudah memadai dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.

“Bukti perubatan jelas menunjukkan ia memang membawa maut,” katanya.

Gzas hQa4AAC1P3

Duncan berkata, alasan provokasi juga tidak terpakai kerana apa yang berlaku bukan reaksi spontan, sebaliknya serangan berlarutan dan berulang kali.

Beliau turut menolak hujah bahawa mangsa mungkin terselamat sekiranya menerima rawatan segera, kerana keterangan pakar hanya menyebut ia satu kemungkinan, bukan kepastian.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Sumber: Berita Harian, Buletin TV3, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.