Siapa je tak suka cuti umum kan. Kalau yang kerja sepanjang minggu tu mesti seronok dapat cuti. Untuk yang bekerja pada cuti umum pula, mesti seronok juga sebab dapat bayaran lebih, kadang-kadang double atau triple pay.
Tapi korang tahu tak, senarai cuti umum di Malaysia sebenarnya antara yang terpanjang dalam dunia tau. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video dari @markodea8 di bawah ni.
Senarai paling panjang
Tidak dinafikan, negara kita yang penduduknya berbilang kaum memang selalu ada cuti umum.
Demi meraikan setiap kaum mengikut kepercayaan masing-masing, negara kita telah berikan cuti untuk sambutan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh semua orang.
Ye betul. Pelbagai kaum dan agama diraikan dengan cuti umum. Kita pun seronok dapat cuti walaupun kita tak raikan perayaan tertentu kan.
Min rasa kalau ada pertandingan cuti umum paling banyak di dunia, mungkin kita boleh menang. Kalau campur dengan cuti setiap negeri lagi, memang tak ada negara yang boleh kalahkan kita rasanya.
Ini betul, belum termasuk peristiwa-peristiwa yang membolehkan kerajaan bagi cuti. Yang paling dekat haritu ialah cuti untuk Pilihanraya Umum (PRU). Mana tahu nanti kalau kita menang Piala Asia boleh dapat cuti gak kan.
Sumber: Instagram @markodea8
Baca: “Semua lepas” – KA Kongsi Tips Buat Senarai Produk Makanan Yang Dibawa Jika Ke Luar Negara