in

⁠Mufti Perlis Saman Pemilik Facebook RM 10 Juta Selepas Dikaitkan Dengan GISB

3Maza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mufti Perlis, Sahibus Samahah Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) minggu ini telah menfailkan saman terhadap seorang pemilik akaun Facebook atas dakwaan mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengaitkannya dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings.

Memetik laporan Astro Awani, Dr. MAZA telah mendakwa Mohd Nawawi atas empat kenyataan fitnah pada 20 September lepas. Kenyataan itu telah dihantar menerusi sebuah akaun Facebook dengan nama Mohd Nawawi Abd Razak dan boleh dilihat oleh orang ramai.


Pihak plaintif mendakwa kenyataan di Facebook telah mengaitkan Dr. MAZA sebagai salah seorang pemimpin atau penyokong GISB dan mempunyai hubungan akrab serta membenarkan perkara khurafat yang bercanggah dengan ajaran Islam dilaksanakan kerana mendapat ganjaran daripada syarikat itu.

Screenshot 2024 11 09 At 12.44.36 Pm

Dr. MAZA juga menyatakan kenyataan itu adalah tidak benar dan dibuat dengan niat untuk menghina beliau serta menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadapnya.

Sehubungan dengan itu, pihak plaintif memohon defendan untuk membayar ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta, ganti rugi am, kos, faedah serta memohon relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, pihak plaintif juga meminta defendan untuk membuat permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman dan menerbitkannya dalam akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian, News Straits Times dan Facebook milik defendan secara bertulis selama 30 hari.

Tuntutan itu juga meminta pihak defendan untuk memadam kenyataan fitnah itu dari semua laman web kendalian defendan serta menghalang defendan dari mengeluarkan secara langsung atau tidak kenyataan fitnah di semua laman web atau akaun media sosial.

 

Baca: Dr Maza Kongsi Ada Kajian Mengenai GISBH Tapi Tiada Tindakan Dari JAKIM?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.