in

⁠Lelaki Maut Dalam Kemalangan, Motosikal Hilang Kawalan Ketika Dikejar Anjing

3moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penunggang motosikal maut manakala isteri serta bayi lelakinya mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Empangan, Taman Murni Jaya, Machap, malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika pasangan suami isteri berusia 28 tahun bersama bayi lelaki berusia setahun itu dalam perjalanan dari arah Tasik Machap menuju ke kawasan perumahan berhampiran.


Screenshot 2026 01 04 at 12.49.15 PM

Siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TNT300 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan selepas dikejar seekor anjing sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu kanan jalan.

Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya serta bayi mereka mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemeriksaan mendapati pemandu lori berusia 42 tahun didapati negatif dadah, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.