in

⁠”Gaza akan aman, untuk apa terus boikot Star*ucks?” – Vincent Tan Beri Respon Gencatan Senjata Gaza

4vt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas dan penasihat Berjaya Corporation Berhad (Berjaya), Tan Sri Vincent Tan memberikan respon terhadap isu boikot salah satu jenama miliknya, Starbucks.

Screenshot 2025 01 18 at 4.30.05 PM

Memetik laporan Sinar Harian, Vincent berkata tiada keperluan untuk memboikot jenama Starbucks berikutan pengumuman gencatan senjata di Gaza yang bakal berkuat kuasa Ahad ini.


Sekarang sudah ada berita gencatan senjata di Gaza, ini memang satu berita bagus buat semua. Gaza akan aman kembali, ini yang kita semua mahu. Jadi untuk apa mahu boikot lagi Starbucks? Tidak ada keperluan lagi.”

Sebelum ini, Vincent beberapa kali menegaskan tindakan memboikot Starbucks hanya akan merugikan rakyat Malaysia.

Screenshot 2025 01 18 at 4.30.33 PM

Untuk rekod, gencatan senjata di wilayah bergolak Gaza, Palestin telah dipersetujui oleh Israel dan akan bermula esok.

 

Baca: Norway Enggan Bertemu Israel Untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.