in

⁠Harga Emas Semakin Mahal, Boleh Cecah RM500 Untuk 1 Gram

⁠Harga Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harga emas dijangka terus meningkat sehingga penghujung tahun ini berikutan ketidaktentuan pasaran serta ketegangan geopolitik yang berterusan. Penganalisis meramalkan emas berpotensi mencecah RM500 segram sekiranya perang dagang dan inflasi global terus tidak stabil.

Screenshot 2025 03 22 at 12.57.45 PM

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd, Mohd Faizal Mohd Nor, menjelaskan bahawa lonjakan harga emas didorong oleh dasar fiskal dan monetari yang tidak menentu serta gangguan bekalan emas fizikal di pasaran global.


Ketika ini, pasaran emas terbesar dunia di London menghadapi masalah bekalan emas fizikal, yang turut memberi kesan kepada pasaran hadapan di New York kerana kebergantungan mereka terhadap emas fizikal.

Artikel berkaitan: Pasangan Warga Emas Ditahan Sekali Lagi, Kali Ini Didakwa Mencuri Di Majlis Kenduri Di Tumpat

Artikel berkaitan: “Melepas jualan RM90k” – Pempengaruh Kesal Diberi Layanan Buruk Di Kedai Emas, Staf Terlibat Dikenakan Tindakan

Penganalisis emas Gdora, Norazlan Nordin, pula berpendapat bahawa harga emas pada RM500 segram menjelang 2025 adalah satu kemungkinan yang realistik, namun ia bergantung kepada keadaan pasaran dan kestabilan ekonomi global.

Sekiranya keadaan global semakin meruncing, harga emas dijangka melonjak dengan lebih cepat. Sebaliknya, jika pasaran stabil, kenaikan akan berlaku secara beransur-ansur tetapi tetap positif.

Screenshot 2025 03 22 at 12.57.35 PM

Pada minggu lalu, ketegangan perang dagang dan geopolitik dunia terus meningkatkan minat pelabur terhadap aset selamat seperti emas.

Situasi ini telah mendorong harga emas naik kepada sekitar RM430 segram, mencatatkan peningkatan lebih 13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.