in

⁠Dari Bola Sepak Ke MMA, Evra Bakal Buat Penampilan Sulung 23 Mei Ini

3evra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas pemain bola sepak terkenal, Patrice Evra bersedia membuat penampilan sulung dalam arena seni bela diri campuran (MMA) selepas mengumumkan perkara itu menerusi media sosial.

Evra, yang pernah menyarung jersi Juventus dan Manchester United, dikenali sebagai antara pertahanan kiri terbaik generasinya dengan pencapaian termasuk lima gelaran Liga Perdana Inggeris dan satu trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama United, serta dua kejuaraan Serie A bersama Juventus.


Screenshot 2025 05 03 at 12.44.27 PM

Memetik laporan Astro Awani, selepas bersara pada 2019, Evra aktif sebagai penganalisis sukan, namun kini bakal kembali ke gelanggang dalam bentuk berbeza, iaitu ke dalam sangkar SmartCage bagi PFL (Professional Fighters League).

Menurut Evra, yang memulakan latihan tempurnya sejak 2016, beliau akan bertarung dalam acara PFL Europe Paris pada 23 Mei ini di Accor Arena.

Screenshot 2025 05 03 at 12.43.20 PM

Saya telah beraksi di pentas terbesar dunia, memenangi setiap trofi utama dalam bola sepak, tetapi PFL Europe Paris akan menjadi malam yang sangat istimewa untuk saya.”

Pertarungan Evra merupakan antara aksi utama dalam acara itu yang turut menampilkan pertembungan kategori lightweight antara Mansour Barnaoui dan Archie Colgan.

 

Baca: Buat Provokasi Kepada Peminat Lawan, Mbappe & Rakan Sepasukan Didenda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.