Peminat muzik tanah air pastinya tidak asing dengan lagu-lagu nyanyian Aina Abdul. Lagu mendayu dengan vokal yang sangat hebat tu pastinya susah untuk penyanyi karaoke macam kita ni nak bawa. Memang layak pun Aina Abdul ni dapat Anugerah Vokal Terbaik pun.
Ada satu video yang menjadi bualan netizen berkenaan seorang lelaki yang cover lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul. Untuk seorang lelaki nak bawa mana-mana lagu Aina Abdul pun dah susah, ini apatah lagi lagu yang dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-38 baru-baru ni. Korang cuba dengar lelaki ini nyanyi dalam video @JanuarHaikal di bawah.
Relaks je abang abang pakai porch bag menyanyi lagu Jangan Mati Rasa Itu by Aina Abdul.
Bang kau bertenang betul ye bang high pitch, head voice, falsetto, mengerang, growling semua kau tapaw. Whistle je tak dan.
Nah ambil ? pic.twitter.com/bV96kP1Yvd
— Januar Haikal (@Januarhaikal) March 6, 2024
Boleh lawan Aina Abdul
Fuhhh… min tengok lelaki ni menyanyi dalam video ni sampai ternganga weh. Memang hebat betul vokal dia. Silap haribulan ni boleh duet dengan Aina Abdul. Sama-sama vokal power memang meletup lah lagunya nanti kan.
Itu lah kan. Sedap dengar dia nyanyi macam ni. Tak ramai penyanyi lelaki yang boleh tarik tinggi-tinggi sekarang ni. Hebat betul vokal dia.
Dengar teknik-teknik yang dia buat dalam video ni memang lain dari yang lain. Terletak elok dan sesuai pada tempatnya. Memang power!
Kalau jenis macam ni yang karok dekat majlis kawin orang, rasanya okay kot. Suara pun sedap, menyanyi pun tak bingit sangat.
Hahaha nampak sado juga lelaki dalam video ni. Mungkin lah dia buat latihan vokal dalam gym. Elok lah tu, badan pun sado, suara pun improve, dua dalam satu gitu.
Baca: Ketua Juri AJL Kongsi Lagu ‘Top 5’ & Mengapa Aina Abdul Menang Vokal Terbaik