in

⁠Agensi Pelancongan & Pengendali Bas Singapura Akan Naikkan Harga Selepas Subsidi Diesel Ditarik

2Sg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isnin lalu, penyelarasan semula subsidi minyak diesel diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Penyelarasan ini bagaimanapun tidak memberi kesan secara langsung kepada mereka yang terpilih untuk menikmati subsidi.

Pun begitu, ada sesetengah pihak yang selama ini menikmati subsidi dan mula terkesan. Tindakan mereka yang terkesan dari langkah kerajaan ini adalah dengan menaikkan harga perkhidmatan mereka.


Screenshot 2024 06 16 At 2.10.15 Pm

Menurut laporan CNA, Singapore Cab Booking, yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan antara dua negara, menyatakan bahawa perkhidmatan bas mereka akan terjejas dengan kenaikan harga diesel ini. Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Cab Booking menyatakan syarikatnya mempunyai 12 bas berkapasiti 45 tempat duduk dan beberapa bas kecil yang juga menggunakan diesel.

Selain itu, agensi pelancongan juga terkesan dengan kenaikan harga diesel ini. EU Holidays mempunyai 10% perniagaannya menyediakan pakej pelancongan ke Malaysia mungkin akan menaikkan harga. Namun pengarah urusan agensi itu belum memutuskan berapa banyak kenaikan tersebut.

Screenshot 2024 06 16 At 2.08.23 Pm

Pengendali yang menjadi rakan kongsi di Malaysia juga belum mengesahkan jumlah kenaikan harga mereka. Kenaikan harga diesel ini membawa kepada peningkatan kos operasi bas sebanyak 40 peratus dalam setiap lawatan mereka.

Untuk rekod, kerajaan Malaysia memotong sebahagian besar subsidi diesel yang menelan belanja RM4 bilion setiap tahun. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada RM3.35 seliter, meningkat lebih 50 peratus daripada harga subsidi sebelum ini iaitu RM2.15 untuk kenderaan komersial dan persendirian.

 

Baca: Harga Diesel Meningkat Hingga RM1.20 Tapi Masih Dianggap Antara Yang Termurah? Ini Sebabnya…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.