Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan bahawa kontrak lebih 20 staf di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditamatkan oleh pihak pengurusan institusi berkenaan.
Susulan itu, UKM menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi universiti tampil menjelaskan perkara tersebut bagi mengelakkan sebarang salah faham.

Artikel Berkaitan: Tular Pensyarah Kanan Disyaki Terlibat Dalam Freemason, Universiti Malaya Jalankan Siasatan
Artikel Berkaitan: “Syukran jazilan” – Ramai Terlejut Ahli Parlimen Taiping Lulusan IIUM, Siap Tunjuk Kad Matrik
Menurut UKM, sebagai institusi pendidikan yang berteraskan prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik, setiap keputusan berkaitan pelantikan, penyambungan mahupun penamatan kontrak dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang.
Malah, ia juga mengikut kuasa statutori serta proses pentadbiran yang telah ditetapkan.

UKM turut menegaskan bahawa penamatan kontrak staf berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur yang sewajarnya.
Dalam masa sama, universiti itu memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan pelantikan staf yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
