Baru-baru ini, tular sebuah kisah seorang guru yang mengalami gangguan teruk setelah mengetahui bahawa dia sebenarnya tinggal serumah dengan pocong. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian umum dan ramai rasa seriau apabila membaca kisah itu.
Kisahnya bermula apabila wanita tersebut dapat kerja baru di kawasan Jalan Kebun, Shah Alam, maka dia menemui satu rumah sewa di kawasan berdekatan. Dia dimaklumkan tuan rumah bahawa rumah tersebut mempunyai 3 orang penghuni termasuk dirinya.
Artikel berkaitan : Ahli Paranormal Kongsi Perkara Mistik Berlaku Ketika Masuk Rumah Penari Istana, Waris Sendiri Pun Tak Berani!
Artikel berkaitan : 19 Hari Prebet Syafiq Hilang Di Hutan, Panglima Tentera Darat Tak Nafi Ada Elemen Mistik
Katanya, seorang penghuni masih berada di kampung dan seorang lagi bakal masuk ke rumah tersebut selepas dirinya. Selepas memasuki rumah itu, dia menemui seorang wanita duduk di dapur.
Dia menyangka individu itu mungkin penyewa yang sedia ada sudah pulang dari kampung halaman, katanya wanita tersebut begitu cantik tetapi banyak meluangkan masa dengan merenung kosong.
Dia kerap beramah mesra dengan wanita tersebut sehinggakan tidur bersama, mereka juga kerap meluangkan masa bersama sehinggalah penyewa baru masuk. Bagaimanapun, tidak lama kemudian penyewa baru terus keluar dari rumah tersebut dengan kadar segera setelah mengetahui sesuatu yang tidak kena.
Musykil dengan apa yang terjadi, wanita itu terus menghubungi tuan rumah dan jiran-jiran mengatakan selama ini dia kerap bercakap seorang. Nak dipendekkan cerita, yang dilihat wanita ini bukanlah rakan serumahnya kerana dia dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa penyewa itu masih berada di kampung tetapi ‘wanita itu’ merupakan jelmaan hantu pocong.
Boleh baca kita yang lebih details di bawah.
aku baru terbaca pasal gangguan housemate pocong tu wey and ape yang lagi gila is akak yang kene gangguan tu dah meninggal semalam.
sebab kene ganggu.Alfatihah untuk akak tu.
nah baca: pic.twitter.com/7lkoKJqV19
— perols (@Afirhuls) May 26, 2025
Selepas kisah ini tular, ‘penyewa baru’ (wanita yang menyewa sekejap) itu ada menghubungi seorang TikToker yang dikenali sebagai Nisa Khainis memaklumkan bahawa tuan empunya badan yang kongsikan kisah berumah dengan pocong ini sudah meninggal dunia akibat ‘sakit’.
Nisa yang ada kongsikan kisah ini selepas mendapat keizinan arwah rasa terkejut apabila mendapat khabar berita itu. Khabar berita kematian wanita yang dikenali sebagai Cikgu Nina itu dipaparkan menerusi video perbualannya dengan penyewa baru itu.
Individu tersebut memaklumkan kepada Nisa bahawa dia dan arwah sempat bertemu minggu lalu selepas perkongsiannya viral.
“Tak sangka pengakhiran kisah Housemate Pocong macam ni. Al-fatihah buat Cikgu Nina.”
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada pertengahan April lalu dan dia sendiri mengalami gangguan ketika menyewa di rumah sewa itu.
“Masa mula-mula masuk situ, saya nampak arwah cakap sorang-sorang, berjalan ke bawah sorang-sorang.”
“Saya pindah sebab saya nampak pocong dekat hujung bucu bilik saya tidur. Dengan muka hitam bau busuk. Dua kali nampak pocong ni.”
“Saya sempat berubat, Alhamdulillah makin pulih daripada gangguan… lebih daripada trauma sebenarnya,” ceritanya.
“Tak tahu mana silapnya, arwah pernah cakap dengan saya… pergi berubat tapi makin parah. Dia sakit awak. Tak tidur, tak makan berhari-hari… minum je. Benda tu muncul sangat-sangat kerap.
“Daripada cerita arwah Kak Nina dan ibunya, gangguan tu berpunca daripada orang lama-lama di situ yang bangkitkan benda syirik tu untuk tujuan tak baik.
“Tapi tuan dia mati. Jadi bukan dekat rumah tu saja. Ikut mana ‘dia’ nak pergi cari tuan. Mungkin arwah ni lemah semangat dan dalam keadaan datang bulan. Terkena dekat arwah siap terbagi makan minum apa semua.”
Dikhabarkan, jenazah arwah telah selamat disemadikan pada pagi Ahad. Dalam pada itu, rakan serumah asal yang dikatakan berada di kampung halaman itu tidak dapat dikesan.
@thekhainis Tak sangka pengakhiran kisah housemate pocong macam ni. Al fatihah buat Cikgu Nina 🥀 #ceritaseram #ceritahoror #sembangentertainment #housematepocong #fyp
Mudah-mudahan kita dijauhkan dengan gangguan sebegini. Al Fatihah buat arwah Cikgu Nina.