Semalam agak kecoh bila viral di media sosial mengenai kes coronavirus di pusat pemborong popular, GM Klang.
Ia sedikit sebanyak telah mencetuskan panik orang ramai, susulan lokasi itu merupakan tumpuan masyarakat khusunya pemborong bagi mendapatkan bekalan.
“GM takkan sebar berita ni sebab takut orang tak datang”
Bukan itu sahaja, malah di facebook turut viral kes yang sama tapi lebih terperinci lagi.
Risau akan perkongsian yang semakin menular di media sosial dan aplikasi media yang lain, pusat pemborong GM Klang tampil menjelaskan situasi sebenar.
Malah mereka sekeras-kerasnya menafikan situasi tersebut selain berkata ia dicipta dan disebarkan pihak tak bertanggungjawab.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata situasi ini tercetus selepas bahagian Khidmat Pelanggan GM Klang membuat pengumuman mengenai langkah-langkah pencegahan coronavirus yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun niat baik tersebut telah disalah erti sesetengah pihak yang menganggap pengumuman itu dibuat kerana ada kes di GM Klang.
Ujarnya pihak mereka telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu tersebut.
Tak pasti jangan kongsi!