in

Mesti Cuba! 6 Char Kuey Teow Halal Di Pulau Pinang

Page1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Pinang sememangnya dikenali dengan panggilan ‘syurga makanan’. Salah satu makanan yang paling digemari ramai adalah char kuey teow!

Diduduki majoriti kaum Cina, jadi mungkin ada di antara anda ragu-ragu dengan status halal char kuey teow di sana. Anggap je masalah tu dah selesai, sebab apa? Sebab kami nak ‘belanja’ anda dengan senarai restoran-restoran yang menjual char kuey teow halal di Pulau Pinang!


1. Bee Hwa Cafe

Bee

Meskipun sebuah restoran Cina, ramai tahu bahawa char kuey teow dijual di sini halal dan sememangnya sudah popular bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat tetapi juga pelancong. Diminati ramai tidak kira bangsa, restoran ini sudah beroperasi sejak tahun 1992 lagi dan pernah mendapat liputan daripada surat khabar tempatan, The Star serta menjadi pilihan rancangan Best In The World.

Bee2

Bee4

Alamat: 10, Lebuh Dickens, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 7:00am-5:30pm (Isnin-Jumaat), 7:00am-3:30pm (Sabtu) / Ditutup pada hari Ahad dan Cuti Am

 

2. Adam Char Kuey Teow

Adam2

Restoran ini mempunyai tempat duduk yang banyak, selesa dan ruang yang luas kerana menggunakan dua lot kedai. Dikatakan char kuey teow paling popular di Permatang Pauh, kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan pada waktu malam.

Adam3

Adam1

Alamat: No. P1, Jalan Permatang Pauh 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 6.00pm -3.00am (Isnin-Ahad)

 

3. Sungai Dua Char Kuey Teow

Sumber: Vkeong.com
Sumber: vkeong. Com

Sebut sahaja char kuey teow, Sungai Dua ini pasti menjadi cadangan dan sebutan ramai. Anda bernasib baik kalau tak perlu berdiri tunggu tempat duduk atau pusing mencari tempat parkir sebab kedai ini memang dipenuhi orang ramai dari waktu ia dibuka hingga tutup.

Dua1

Dua2

Alamat: Jalan Sungai Dua 13800 Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi:  5.00pm-3.00am (Ditutup pada hari Rabu)

 

[sociallocker id=1666]

4. Key’s Char Keow Teow

Sumber: Vkeong.com
Sumber: vkeong. Com

Terletak berdekatan Sunway Carnival Mall, char kuey teow ini lebih dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu. Dijual dalam saiz kecil dengan harga RM3 dan mereka turut menjual kicap char kuey teow jenama sendiri.

Key5

Key4

Alamat: Lorong Perda Utama 5, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu operasi: 5.30pm-12.00am (Isnin-Ahad)

 

5. Alma Matary Char Kuey Teow

Almaa

Sama seperti Bee Hwa, Alma Matary juga pernah menjadi pilihan rancangan Best In The World dan disiarkan di kaca televisyen. Walaupun mempunyai 3 tukang masak dan hanya bertapak di tepi jalan, order dari pelanggan yang ramai tetap membuatkan mereka tidak menang tangan.

Alma3 Alma4

Alamat: Jalan Rozhan, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Waktu operasi: 8.00pm-2.00am (Isnin-Ahad)

[/sociallocker]

 

6.  Sany Char Kuey Teow 

Sany2

Terletak di Bayan Lepas, kedai ini mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk pelanggan. Sany juga mengeluarkan kicap char kuey teow jenama sendiri dan kuey teow dijual di sini stail basah dan berkuah.

Sany1

Sany

Alamat:  Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang

Waktu operasi: 5:00pm – 2:30am (Isnin-Ahad)

 

So, lepas ni tak perlu susah-susah fikir atau cari restoran yang jual char kuey teow halal jika anda berada di Pulau Pinang! Cuba jangan tak cuba, gerenti puas hati !

Eh, air liur dah meleleh tu :p

Mouth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.