in

“Entah-entah cacat tak boleh bercakap” – Netizen Kritik Amyra dan Amar Tak Tunjuk Muka Anak

Pageee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pasangan pelakon popular tanah air yang melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia. Berbeza pula dengan pasangan gandingan drama Suamiku Encik Sotong ini yang bukan merahsiakan perkahwinan, tetapi dikatakan merahsiakan segala hal berkaitan anak mereka sehinggakan ada pihak yang tidak senang duduk. Eh kenapa tak senang duduk pulak ni?

Seperti semua sedia maklum, pasangan pelakon serasi Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri pada 11 November 2016. Majlis perkahwinan kedua mempelai yang bagaikan putera dan puteri menjadi perbualan hangat netizen pada waktu itu.


E6
sumber: pinterest

Setelah hampir setahun berumah tangga, Amyra dan Amar dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 15 Oktober yang lalu, lapor Media Hiburan. Amyra selamat melahirkan anak lelaki mereka secara normal walaupun bayi tersebut dikatakan lahir lebih awal dari jangkaan.

Sudah seakan-akan menjadi trend dalam kalangan pasangan artis di Malaysia, Amyra dan Amar juga tidak ketinggalan untuk mewujudkan akaun laman sosial kepada bayi mereka. Laman Instagram yang didaftarkan di bawah nama @amyramarjr itu kini sudah memiliki lebih 101,000 followers. Wah, ramainya pengikut!

E8
sumber: instagram
E9
sumber: instagram

Pun begitu, Amyra dan Amar menjadi satu-satunya pasangan yang sehingga kini masih belum mendedahkan nama serta muka cahaya mata mereka walaupun sudah 40 hari dilahirkan. Ramai peminat yang tertunggu-tunggu untuk melihat wajah comel anak mereka, namun ada sebilangan netizen yang mungkin kurang sabar hingga menuduh mereka yang bukan-bukan.

E4

E1

E5

Sumber: Media Hiburan

Seringkali memuat naik gambar anak mereka dari pandangan sisi, ada yang menuduh bahawa pasangan tersebut mungkin tidak mahu mendedahkan anak mereka kepada awam dan membuat tekaan bahawa anak mereka itu cacat. Eh, jahatnya mulut! Bayi tu tak bersalah pun!

Selain daripada itu, ada juga netizen mendakwa bahawa Amar memaklumkan yang bayi mereka adalah hak milik istimewa sebuah stesen televisyen. Tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut tetapi semoga peminat-peminat tetap sabar menunggu untuk melihat wajah comel anak artis kesayangan mereka.

Tak baik tau tuduh bukan-bukan. Kalau nak marah pada Amyra dan Amar kerana tak tunjuk gambar anak pun, janganlah sampai cakap anak dia cacat. Kita doakan yang baik-baik je ye?

Baca: It’s A Boy! Kehadiran Cahaya Mata Sulung Lengkapi Kehidupan King Coco dan Suami

Ccasc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.