in

“Biar jadi pelacur dari terseksa macam ni..” – Gadis Kongsi Penderitaan Tinggal Bersama Keluarga Angkat

Dsf E1507354045677

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga angkat adalah ibarat ‘nyawa kedua’ bagi anak-anak yang dibuang atau tidak mempunyai keluarga. Harapan mereka kepada keluarga angkat tersebut sangat tinggi. Tetapi lain pula kisah yang berlaku terhadap gadis yang dikenali sebagai *Nizha (bukan nama sebenar) ini.

Menurut Free Malaysia Today, gadis ini hampir membunuh dirinya kerana hilang tempat mengadu. Gadis ini terlalu takut untuk membuat laporan polis tentang nasibnya di tangan keluarga angkat itu dek kerana ketiadaan kad pengenalan.


“Saya cakap pada mereka kalau mereka dera saya lagi, saya nak buat laporan polis. Tetapi mereka kata tiada siapa yang percaya sebab saya tiada identiti diri,” kata Nizha, 27 tahun.

Surat Beranak E1507353078354
gambar hiasan

Bukti Nizha dilahirkan di negara ini hanyalah sijil kelahirannya, tetapi sijil miliknya itu disimpan oleh ibu bapa keluarga angkatnya iaitu pasangan doktor mata dan pakar jantung.

“Mereka cakap kalau saya keluar dari rumah bukan hidup baik-baik sebab tiada identiti diri, nak kerja susah jadi pelacur sahaja”

“Baik jadi pelacur daripada terseksa macam ini”, balasnya kerana terlalu geram.

Nizha ditemubual oleh pemberita susulan timbulnya isu mengenai kehidupan bekas anak jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan yang sah.

Hanya tahun ini, pada 28 September lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan akan mengeluarkan kad pengenalan diri sementara bagi mereka yang mempunyai masalah bersama bekas jagaan, bagi membantu mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan kecemasan selepas meninggalkan rumah kebajikan.

Gadis Murung 2 1
gambar hiasan

Gadis ini diletakkan di rumah kebajikan tersebut kerana keluarga kandungnya menghadapi masalah kewangan dan dijaga oleh JKM sejak kecil lagi.

“Sepanjang saya tinggal dengan keluarga angkat, pihak JKM tidak datang walaupun sekali untuk melawat saya, kalau tidak boleh saya mengadu segala masalah saya.”

Nizha telah menetap bersama keluarga angkatnya selama 2 tahun sejak 2008. Dia diambil pasangan itu selepas sahaja keluar dari rumah kebajikan ketika usianya 18 tahun.

“Setiap hari saya akan bangun seawal 4 pagi untuk mencuci kereta mereka. Lepas itu basuh tahi anjing.. kasi anjing makan”

“Selama saya tinggal dengan mereka, mereka selalu hina saya. Macam-macam dia maki saya. Bila saya nak makan, mereka cakap jangan makan banyak. Kalau tengah buat kerja rumah, mereka marah-marah kata kerja tidak bersih”

“Mereka juga fitnah saya, cakap saya pukul anak dia sedangkan ketiga-tiga anak mereka saya jaga dari kecil.. tahi dia pun saya basuh,” luah gadis malang itu.

Gadis Murung E1507352535808
gambar hiasan

Nizha turut dihalang keluar dari rumah. Kerana terlalu kerap meluahkan hasratnya yang mahu merasai dunia luar itu, keluarga angkatnya itu berkata akan memotong rambutnya sebagai hukuman.

“Saya cakap pada mereka, saya nak balik rumah kebajikan semula.. tapi mereka kata pada saya tiada siapa yang mahu percaya saya”

“Mula-mula ingat nak lari, tapi bila saya fikir balik kad pengenalan tidak ada, saya batalkan hasrat itu. Saya pernah nak panjat bangunan rumah nak bunuh diri sebab terlalu tertekan.”

De9Bab770Db408F3F61908586F4A797458E2177F22095Feab4866C151E0F4Fc5
gambar hiasan

Bagi Nizha, tinggal bersama keluarga angkat lebih perit jika dibandingkan dengan dibuang keluarga sendiri. 

Nizha kemudiannya bertekad, mahu menderhaka terhadap keluarga angkatnya itu sehingga dia dilepaskan.

“Selepas mereka tidak tahan saya asyik melawan, mereka tinggalkan saya dekat Pudu. Mereka bagi saya RM2,000 dan mereka cakap ini gaji saya selama 2 tahun tinggal dengan mereka.” katanya.

“Saya terpaksa mencari macam-macam kerja sebab nak sara diri.. macam mana nak bagi kerja kalau tidak ada kad pengenalan?” luahnya lagi.

Kesiannya.. Harap selepas ini Nizha berpeluang berjumpa dengan keluarga angkat yang dapat menjaganya seperti anak sendiri.

Baca: Isteri Buat Pendapatan Sampingan Dengan ‘Temani’ Lelaki Lain Berhibur Untuk Bayaran RM50

Eeee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.