in

5 Kedai Nasi Campur Anda Boleh Serbu Ketika Waktu Lunch di Sekitar Kampung Baru!

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika hari bekerja, bila lunch time mesti nasi campur juga yang kita cari. Lagi-lagi kalau anda jenis ‘sehari tak sah kalau tak makan nasi’. Kalau anda berada di sekitar Kampung Baru, boleh lah pergi serbu kedai-kedai yang menjual nasi campur ini.

 

1. Gerai Pak Lang


Kredit: Vkeong.com
kredit: vkeong. Com

Terkenal dengan ikan bakarnya dan setiap hari lebih daripada 50 jenis juadah dihidangkan. Rambang mata nak pilih lauk! Orang ramai masih beratur panjang walaupun sehingga jam 2 petang. Memang sesak kalau waktu lunch, so datang la awal kalau taknak lauk pauk habis!

Alamat:  7, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Pak2

Pak3

 

2. Restoran MZ DarulNaim

Naim

Menyediakan masakan Pantai Timur, lauk pauk dihidang di dalam bekas yang besar menunjukkan betapa ramai pelanggan datang. Singgang ikan, gulai serati, gulai kawah, gulai ketam dan jeruk maman adalah antara yang menjadi kegemaran pelanggan tetap di sini.

Alamat:  No. 64, Lorong Haji Hussein 2, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Naim2

Naim3

 

[sociallocker id=1666]

3. Restoran Masakan Padang Asli

Asli

Menghidangkan masakan Padang, kedai ini adalah sebuah rumah pada asalnya yang kemudian dijadikan sebuah restoran. Terletak di persimpangan antara Jalan Raja Muda Musa dan Lorong Raja Muda Musa 6, anda perlu cuba jus avocado dan satay padang jika ke sini.

Alamat:  Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Asli4

Asli5

 

4. Restoran Lina Seafood

Lina

Keadaan kedai mungkin nampak seperti warung biasa tapi lebih 80 hidangan disediakan setiap hari di sini. Wow! Anda pasti habiskan masa yang lama hanya untuk memilih lauk. Bukan hanya pekerja di kawasan sekitar, ramai juga yang datang dari kawasan lain untuk membungkus atau makan di sini.

Alamat: Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur 

Lina2

Lina1

[/sociallocker]

 

5. Restoran Fatimah Selera Kampung

Fa

Nama pun sudah melambangkan makanan yang dijual, masakan kampung. Walaupun lauk pauk yang dijual tidak banyak, sesetengah pelanggan menganggap kedai ini sebagai air tangan ibu kerana kesedapan lauk pauk yang dimasak. Air jagung, ikan cencaru sumbat dan kari ayam di sini wajib anda cuba!

Alamat: 5 Jalan Haji Yahya Sheikh Ahmad, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Fa6
Kredit: kyspeaks

Fa8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.