in

5 Kari Kepala Ikan Popular Di Kuala Lumpur Yang Anda Mesti Cuba!

Kari Ikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kari kepala ikan! Makanan yang menjadi pilihan ramai dan tak lapuk dek zaman. Kari kepala ikan diminati ramai dari setiap peringkat umur dan sudah pasti setiap orang mempunyai citarasa berlainan serta kedai kegemaran mereka tersendiri. Jom admin nak share 5 kedai kari kepala ikan yang popular di Kuala Lumpur!

 

1. Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan 


Pandan1

Restoran ini menggunakan cara marketing lain dari yang lain. Bloggers akan dijemput makan untuk membuat review di blog masing-masing. Selain menyediakan kawasan parkir yang agak luas, tempat duduk yang disediakan juga teratur dan selesa. Restoran ini juga dipanggil Kari Kepala Ikan YKS dan turut menyediakan perkhidmatan katering

Pandan2

Pandan4

Lokasi: No.2, Lorong Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur
No Tel: 018-3252554

Waktu Operasi: 24 Jam

 

2. Restoran ZK

Kredit: Mazidul Akmal
Kredit: Mazidul Akmal

Juga dikenali sebagai kari kepala ikan Kampung Attap. Masuk sahaja restoran anda boleh lihat periuk-periuk besar berisi pelbagai jenis kari. Memang tak dinafikan kari kepala ikan di sini antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Ramai sanggup beratur panjang dan waktu operasinya hanya dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja.

Zk5

Zk4

Lokasi: No. 76, Jalan Kampung Attap 50460 Kuala Lumpur
No Tel: 03-2273 9786

Waktu Operasi: Setiap hari, 11AM-3PM

 

3. Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok, Bangsar

Tangan5

Tidak seperti restoran kari kepala ikan yang lain kerana ianya cuma di food court tepi jalan berdekatan kawasan perumahan. Walaupun tidak berbumbung, orang ramai tetap sanggup makan di bawah panas kerana harganya yang dikatakan sangat berpatutan dan servisnya yang pantas. Ada juga yang menggelar kedai ini sebagai ‘kari tangan’. Kalau nak tahu kenapa, kena lah pergi cuba!

Tangan3

Kari

Lokasi: Pusat Penjaja Taman Lucky, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar 59100 Kuala Lumpur
No Tel: 016-677 7703

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 8AM-5PM

 

4. Restoran Ahamed Ibrahim

Ahamed1

Sebelum berpindah ke Jalan Lumut, restoran ini pernah dibuka di 2 lokasi iaitu di Jalan Imbi dan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Kalau anda nak cuba, lokasinya tidak susah untuk di cari, hanya berdekatan dengan Hotel Vistana.

Ahamed3

Ahamed4

Lokasi: No. 28, Complex Damai, Jalan Lumut, Off Jalan Ipoh, Pekeliling, 50400, Kuala Lumpur
No Tel: 03-40451459

Waktu Operasi: Setiap hari, 7AM-12AM

 

5. Restoran Kari Kepala Ikan Sri Gombak

Sri1

Kalau nak suasana yang lebih selesa, boleh lah berkunjung ke kedai ini yang terletak di Sri Gombak. Ada aircond, kemudahan surau turut disediakan untuk pelanggan Muslim. Kari kepala ikan di kedai ini dikatakan turut menjadi kegemaran kaum Cina kerana memang best!

Sri2 Sri3

Lokasi: 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor
No Tel: 03-6189 3657

Waktu operasi: Setiap hari, 11AM-10PM

Korang terliur tak? Ingat bagi satu ‘like’ page ini!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.