Hujung minggu lepas, tular di media sosial tentang video yang memaparkan sekumpulan lelaki memberikan hadiah pengantin berupa kondom pada majlis mereka sehingga mendapat kecaman orang ramai.
Ianya mendapat kecaman warganet gara-gara reaksi pengantin perempuan yang dilihatkan seperti kurang selesa dengan pemberian hadiah dari rakan-rakan suaminya walaupun difahamkan niat mereka hanyalah untuk bergurau.
Pun begitu, baru-baru ini turut tular satu perkongsian di TikTok menerusi akaun @nzrnahmd_ sehingga menjadi perbualan orang ramai di platform media sosial yang lain kerana tindakan dirinya bersama rakan-rakan di sebuah majlis perkahwinan.
@nzrnahmd_
Ini kerana, dilihatkan mereka menyediakan hadiah-hadiah perkahwinan yang boleh dikatakan berguna buat pengantin yang baru mendirikan rumah tangga. Kalau korang tengok betul-betul, siap ada bawang dengan beras lagi tau!
“Ni baru betul hadiah, tersenyum lebar pengantin jadinya!”
Perkongsian itu juga mendapat pujian orang ramai kerana mereka disifatkan menghormati kedua-dua mempelai pengantin kerana memberikan hadiah yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.
“Aku lagi prefer kawan-kawan aku pun bagi hadiah macam ni… Jimat duit weh! Function pulak tu” – Balas netizen
Bukan tu je, ramai juga yang memberikan kredit untuk diorang sebab pemakaian kemas yang dikenakan. Ini kerana, walaupun hampir semua berkemeja hitam namun netizen mengatakan bahawa ianya menepati kod pemakaian untuk majlis perkahwinan.
Kalau min pun, seronok dapat hadiah macam ni… Hihihi…
Baca: “Maaf atas kesilapan kawan saya” – Pengantin Tak Ambil Hati Isu Dapat Hadiah Kondom