Anak kepada Datuk Najib Razak, Nooryana Najwa meluahkan bahawa rumahnya begitu sunyi dan ibunya Datin Rosmah Mansur amat merindui suaminya itu.
Luahan yang dibuat menerusi Instagram itu, menunjukkan ibunya sedang berdoa dan menurut Yana ia diambil ketika waktu Subuh.
Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini
Disebabkan itu, Yana menjelaskan bahawa dia kini sedang mencuba sebaik mungkin untuk mengubati kerinduan ibunya itu.
“Mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah…adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat.”
Jelasnya, ibunya sangat merindui suara, gelak tawa dan keceriaan ayahnya di sisi. Malah disebabkan ketiadaan ayahnya, Yana mengatakan bahawa ibunya kini yang memikul tanggungjawab ketua rumah buat sementara waktu, dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.
https://www.instagram.com/p/Cih6JQ_hjHE/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?” Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya. “
Dalam masa yang sama, Yana juga mengatakan bahawa ibunya percaya yang ayahnya itu berhak mendapat keadilan dan mahukan keadilan penuh dan menyeluruh untuknya.
Malah, Yana turut menyatakan bahawa mereka terus berusaha dan berdoa untuk kesihatan dan kebebasan Datuk Najib Razak.
Baca : Dr Hisham Jelaskan Status Kesihatan Najib Lepas Anak Dakwa Bapa Tak Dilayan Dengan Baik?