in

Warga Emas Di Kepong Buang Najis Dari Tingkap Apartmen Setiap Hari Selama 2 Tahun

Ft Warga Emas Buang Najis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan mempunyai masalah bekalan air selama kira-kira 2 tahun, seorang warga emas di Kepong telah membungkus najisnya dalam surat khabar dan membuangnya keluar dari tingkap tingkat satu apartmen.

Timbunan najis di lorong belakang blok pangsapuri itu sejak 2 tahun lalu telah menyebabkan masalah bau dan kebersihan yang telah memberi kesan kepada penduduk lain.


Artikel berkaitan : Pekerja Bot Dikecam Teruk Bagi Ikan Makan ‘Dedak’ Najis Sendiri Dekat Laut

Artikel berkaitan : Korea Utara Didakwa Hantar Belon Berisi Sampah & Najis Ke Korea Selatan

Menurut laporan Sin Chew, warga emas lelaki itu mendedahkan bahawa tindakan membuang najisnya keluar dari tingkapnya kerana pangsapurinya tidak mempunyai bekalan air sejak 2 tahun lalu, walaupun dia membayar bil air setiap bulan.

Disebabkan itu, mereka yang tinggal di kawasan tersebut sudah lama merungut mengenai perbuatan warga emas itu, lebih-lebih lagi penduduk di blok pangsapuri bertentangan yang ternampak lelaki itu bertindak membuang najisnya ke luar tingkap sekali atau dua kali sehari.

Screenshot 2024 10 22 163031

Penduduk juga terpaksa mengambil tindakan sendiri dengan menutup najis yang terkumpul di lorong belakang dengan kepingan surat khabar bagi mengelak kereta dan orang yang lalu lalang memijaknya.

Bagaimanapun, selepas aduan mereka itu tidak mendapat sebarang tindakan dari persatuan penduduk dan polis, seorang aktivis masyarakat bernama Yu akhirnya bertindak untuk berdepan dengan warga emas tersebut, dan punca masalah bekalan air di rumah warga emas itu baru diketahui.

Screenshot 2024 10 22 163049

Yu berjanji untuk bantu lelaki tua itu dalam isu ini selepas mengetahui paip pangsapurinya serta meter airnya tidak dinaik taraf. Terdapat juga kemungkinan paip warga emas itu tersumbat akibat tindakan tidak bertanggungjawab penduduk dari unit di atasnya, yang seterusnya boleh menyebabkan masalah bekalan air.

Screenshot 2024 10 22 163105

Harapnya agar isu bekalan air warga emas itu dapat diselesaikan dengan segera, demi kepentingan dirinya dan juga penduduk di sekelilingnya.

Sumber : Sin Chew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.