Tinggal di kondo atau apartment memang best sebab pemandangan dari tempat tinggi selalunya lebih cantik berbanding di rumah jenis landed. Namun, kalau tiba-tiba lif rosak, memang penat dan lenguh kaki kalau nak naik turun tangga.
Lain pula ceritanya buat wanita ini yang tinggal di sebuah aparment, dia terpaksa terperangkap dalam rumah sendiri selama beberapa jam apabila tangga bangunan tersebut tiba-tiba hilang, lapor Times Now News.
@livcrump #stuck in my lil #apartment
Wanita yang dikenali sebagai Olivia Crump itu telah berkongsikan tentang kejadian tersebut menerusi TikTok pada bulan lalu.
Difahamkan, dia hanya menyedari bahawa ada sebahagian anak tangga bangunan apartment yang didudukinya telah ditanggalkan apabila dia mahu keluar bersama anjing peliharaannya.
Namun, apa yang menjadi masalah ialah, Olivia mengatakan dia tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa tangga akan ‘ditanggalkan’ buat sementara waktu.
Dalam video yang tular, dapat dilihat kehadiran pekerja dengan beberapa jenis alatan seperti tukul di bahagian tangga yang tiada anak tangga berkenaan, dipercayai mungkin untuk buat kerja-kerja maintenance.
Wanita berkenaan turut mengatakan dia akhirnya boleh turun lepas lebih kurang empat jam kemudian setelah diberitahu oleh pekerja yang terbabit. Tu pun katanya tangga tu masih belum siap dibaiki sepenuhnya.
Bila fikir balik, nasib baik jugak dia terperangkap dalam rumah, kalau terperangkap kat bawah bangunan dan tak sempat naik, jawabnya pishang la tunggu tangga tu siap dibaiki kan.
Sumber: TikTok @foodbattle2008, Times Now News
Baca: Hanya Tinggal Tangga, Wanita Sedih Rumah Pusaka Musnah Akibat Banjir