in

Wanita Luah Perasaan, Tetamu Keringkan Rambut Guna Hairdryer Pukul 1.30 Pagi

Keringkan Rambut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata, tetamu haruslah menghormati tuan rumah, lebih-lebih lagi jika perlu bermalam. Tetapi, berbeza pula dengan keadaan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai ‘A’ yang mengadu tetamunya telah menjadikan hidupnya sengsara!

Menurut aduan, A mendakwa tetamunya telah mengeringkan rambut menggunakan hairdryer pada pukul 1.30 pagi tanpa rasa bersalah!


Tetapi, setelah ditegur, tetamunya itu bersikap “pasif agresif” pula dan mengeluh bahawa dia tidak dapat tidur kerana rambut basah.

Keringkan Rambut
Gambar hiasan

Melalui laman forum popular Mumsnet, A menjelaskan, “Saya mempunyai seorang rakan yang tinggal di flat saya bersama rakannya yang lain.

“Saya jarang nampak mereka di rumah kerana saya bekerja sepanjang hari. Rumah yang kami sewa juga agak kecil. Ada 3 bilik tidur dengan dinding yang nipis.

“Rakan saya dan rakan perempuannya pulang lewat malam semalam dan mandi hampir 1 jam. Sejujurnya, saya tidak mempunyai masalah jika mereka ingin mandi lama.

“Tetapi, selepas itu, saya dengar bunyi pengering rambut kira-kira sejam kemudian. Saya tunggu 10 minit sebelum menegurnya supaya tidak menggunakan pengering rambut pada waktu malam.

“Saya berkata bahawa bunyinya terlalu bising bagi saya dan mungkin mengaggu jiran-jiran. Namun, dia enggan mematikan pengering rambut,” luah A lagi.

Keseokkan paginya, tetamu A telah mengadu tidak dapat tidur lena kerana rambutnya basah dan digigit nyamuk.

“Nampaknya, dia sangat marah dengan saya pagi ini, walaupun saya telah bermurah hati menyediakan tempat tinggal secara percuma di bandar yang sangat mahal selama lima hari.”

Sejak berkongsi kebimbangannya di atas talian, hantaran wanita tersebut telah menerima lebih daripada 300 komen. Mujurlah, perkara ini tidak berlaku di negara kita.

Jadi, siapa yang salah, tuan rumah ke tetamu?

Sumber: MirrorCo

Baca: Wanita Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Buat Bising Di Restoran, Tak Hirau Pelanggan Lain

Keringkan Rambut

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.