in

Wanita Ketakutan Diganggu Lelaki Gatal, Sempat Cium Kereta Sebelum Beredar

lelaki cium kereta 1

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sedang memandu di sebuah jalan raya di Kuching, Sarawak.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada Ahad. Mangsa sempat merakam selepas menyedari sebuah motosikal mengekorinya dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Kenny Alvin pada hari yang sama.

Menerusi hantaran terbabit, dia memaklumkan bahawa seorang wanita diganggu individu yang tidak dikenali. Kenny menyatakan, dia tidak mengenali mangsa dan mendapatkan video itu melalui aplikasi WhatsApp.

“Tempat terpaksa dirahsiakan demi keselamatan mangsa. Waktu siang pun berani buat kerja. Minta dijauhkan terkena pada adik perempuan aku.

“Aku tak kenal mangsa tapi kesal dengan sikap lelaki itu. Bayangkan kalau perempuan itu panik, sudah tentu boleh menyebabkan kemalangan,” tulisnya.

Wanita ketakutan, lelaki tiba-tiba cium cermin kereta

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar mengekori kereta mangsa. Kedengaran suara mangsa ketakutan, merayu lelaki itu supaya tidak menganggunya.

“Dari tadi dia menegekori saya. Tolong saya, Allahuakbar, tolong,” kata wanita tersebut.

Lebih menakutkan lagi, lelaki berkenaan bertindak mencium cermin depan kenderaan wanita tersebut sebelum beredar dari tempat kejadian.

Suspek didakwa menghidap penyakit mental

Dalam perkembangan lain, Sarawak Road Updates turut berkongsi rakaman itu menyatakan bahawa suspek menghidap penyakit mental.

“Adik kepada suspek bagitahu saya abangnya bertindak sedemikian kerana mengalami masalah mental.

“Tetapi bagi saya agak pelik kenapa orang kurang waras dibiarkan merayau dengan menunggang motosikal seperti itu,” tulisnya.

Dalam pada itu, orang ramai mengecam perbuatan tidak senonoh lelaki terbabit dan meminta mangsa membuat laporan polis.

Baca: Cabul Pelancong China, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Ditahan Polis
cabul pelancong china