Seorang wanita berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki kandungnya pada Februari lalu.
Ibu muda itu difahamkan telah meletakkan anaknya yang berusia 3 tahun di dalam sangkar dengan alasan ingin bekerja.
Artikel berkaitan: Terkejut Jari Kena Gigit, Tindakan Refleks Seorang Lelaki Buat Hamster Tercampak Keluar Dari Sangkar
Artikel berkaitan: “Fesyen style apa ni?” – Ramai Pelik Tengok Cara Individu Ini Berfesyen, Pakai Kasut Ada ‘Sangkar’ Tikus
Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu diletakkan dalam sangkar dari jam 3 petang hingga 10 malam.
Tertuduh turut diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik selesai menjalani hukuman bermula hari ini.
Selain itu, Hakim Norina Zainal Abidin mengarahkan ibu muda itu dikenakan bon jaminan berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan RM10,000 tanpa cagaran.
Difahamkan, mahkamah sama juga turut mengarahkan dua lagi rakan ibu mangsa iaitu Adibah Mohd Zaini, 35, dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, dijatuhi hukuman sama selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Tertuduh menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian kerana tiada siapa boleh menjaga anaknya itu, apabila ditanya mengapa tidak ditinggalkan dengan ibunya di Pulau Pinang, tertuduh tidak memberikan jawapan.
Difahamkan, tertuduh telah menyesali perbuatannya itu dan akan bekerja di Pulau Pinang serta meminta bantuan ibunya untuk menjaga anaknya itu.
Sumber: Harian Metro