Sebelum ini, ramai yang terkejut dengan pengunduran ahli kumpulan pop terkenal Dolla, iaitu Syasya.
Tiada angin tiada ribut, Syasya serta kumpulan Dolla mengumumkan dia sudah pun berundur dari kumpulan itu dan kini mereka hanya tinggal tiga ahli iaitu Sabronzo, Angel dan Tabby.
Artikel berkaitan: Sah! Syasya Dolla Sudah Bernikah, Kini Sudah Selamat Bergelar Isteri
Artikel berkaitan: Lagu Dolla Dimainkan Dalam Rancangan Korea The Return of Superman!
Pun begitu, selepas pengumuman itu disiarkan, selang beberapa hari, Syasya menerusi Instagram miliknya memberitahu dia sudahpun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya.
Terbaru, Rozie Othman yang merupakan pelakon ‘lejen’ yang juga nenek kepada Syasya itu mengakui dia sedikit terkilan kerana cucunya itu menamatkan kariernya ketika kumpulan Dolla sedang berada di puncak.
“Syasya, Mommy (Rozie) ucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu walaupun Mommy ada rasa kecewa sebab nama awak tengah naik.
Kemudian awak ambil keputusan untuk berkahwin. Tapi tak mengapa, Mommy dan keluarga terpaksa berlapang dada dengan apa-apa keputusan.
Manalah tahu, satu hari nanti awak nak buat ‘comeback’, Mommy doakan awak,” katanya.
Dalam temu bual dengan Melodi TV3 itu, pelakon filem Di Ambang Kasih itu berkata cucunya itu bakal terbang ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran selepas Hari Raya Aidiladha nanti.
Apa-apa pun kita sama-sama doakan Syasya okay guys?
Sumber: TikTok