in

[VIDEO] – Teringin Nak Naik Pelamin? Korang Boleh Cuba Kedai Kenduri Kawin Kat Melaka!

page kenduri melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat lagi tak dengan warung kenduri kahwin yang sebelum ni pernah viral kat Klang? Haa, lepasni korang yang suka makan lauk-lauk kenduri kahwin, boleh datang pulak kat Melaka.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik di akaun TikTok milik @faiz.rahim7, kedai kenduri kahwin yang diberi nama Kebuloq Corner itu lebih menarik sebab siap sediakan pelamin lagi tau!


@faiz.rahim.hartanah

orang melaka kena try??#fypシ゚viral #fypシ #foryoupage

♬ original sound – nightmonyet – danny

Tak lengkap lah kan kalau kenduri kahwin tak ada alunan kompang dan lagu-lagu pengantin? Jangan risau, kat sini memang semua complete! Mana yang teringin nak naik pelamin tu, boleh lah datang ke Melaka okay?

“Jangan lupa bayar, ni bukan kenduri betul tau”

Video yang dikongsikan itu kini hampir mencecah satu juta views di TikTok dengan lebih seribu komen dari netizen.

Begitu meriah di bahagian komen yang mengingatkan orang ramai supaya jangan lupa untuk bayar lepas dah makan di kedai tersebut. Ini kerana vibes kenduri yang disediakan silap-silap boleh buat orang lupa. Hahaha!

“Haritu pergi kenduri kahwin orang , ingatkan niaga nasi kahwin .. rupanya betul betul .. tak pasal pasal dpt makan free ?” – Komen netizen

tiktok full 1

Memang tak dinafikan, kalau tengok betul-betul dalam video ni, nampak lengkap segala lauk yang sinonim dengan kenduri kahwin. Nasi minyak ada, ayam masak merah, daging masak hitam.. Fuhh, lapar terus jadinya!

Lokasi kedai itu difahamkan berada di sekitar Paya Rumput Rumbia dan dibuka selama 7 hari seminggu. Min pun nak gerak lah weekend ni ke sana… Dah lama sangat tak rasa lauk kenduri kawin ni… Hihihi…

Baca: [VIDEO] Aunty Kongsi Cara Paling WIN Untuk Jawab Soalan Makcik Bawang Pasal ‘Bila Nak Kawin’

untitled 2 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.